Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

4 Dec 2011

Anak sulung Allahyarhamah Sosilawati bertunang


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
 Anak sulung Allahyarhamah Sosilawati bertunang..nak kahwin dah dengan seorang penjawat awam..ikuti kisah ni ...
“Sebagai orang lama, saya nasihatkan dia supaya banyak bersabar menghadapi cabaran rumah tangga serta mendoakan dia dikurniakan anak soleh dan solehah,” kata Mejar Suleiman Moideen ketika mengulas perkahwinan rakan sekerjanya, Khamarulazlan Mohamad Hanafiah, 35, dengan Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26.

Beliau yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendoakan Khamarulazlan menjadi suami yang baik dalam menjalankan peranannya sebagai ketua keluarga.


“Apabila melihat keadaan Rita yang ketiadaan ibu, sudah tentu dia mengharapkan suaminya dapat membimbingnya menjadi wanita solehah,” katanya ketika dihubungi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Asiah Alkharib Shah, 27, berkata beliau hanya mengetahui hubungan rakan sekerjanya dengan gadis terbabit selepas dilaporkan dalam Metro Ahad, 30 Oktober lalu.


“Memang terkejut selepas membaca berita pertunangannya dengan Rita kerana saya serta rakan sekerja lain langsung tidak mengetahuinya.


“Khamarulazlan dan Rita mempunyai kerjaya masing-masing. Justeru, pandai-pandai bahagikan waktu untuk kerjaya dan keluarga,” katanya.

Khamarulazlan mengikat tali pertunangan dengan anak sulung pengasas kosmetik Nouvelles Visages, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, itu pada 30 Oktober lalu.


Pasangan itu diikat dalam majlis pertunangan yang diadakan selepas solat Isyak di kediaman keluarga Allahyarham Sosilawati di Kuala Lumpur.

Majlis pertunangan itu dihadiri ahli keluarga terdekat, jiran serta rakan rapat Rita yang kini bergelar Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd.

Bagaimanapun, usaha Metro Ahad untuk mendapatkan komen daripada Khamarulazlan gagal walaupun membuat beberapa panggilan dan menghantar SMS ke telefon bimbit milik Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim itu.


Malah, cubaan wartawan Metro Ahad mendapatkan komennya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad lalu, juga gagal apabila Khamarulazlan melarikan diri.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment