Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

29 Dec 2011

JPA, CUEPACS LAKUKAN BEBERAPA PINDAAN SEGERA TAMBAH BAIK SBPA


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersetuju melaksanakan beberapa pindaan segera untuk menambah baik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).


Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata JPA bersetuju membuat pindaan segera dalam taklimat dan rundingan lebih empat jam yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata antara pindaan itu ialah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dikurangkan daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji.

Selain itu, markah 'Exit Policy' turut dikurangkan daripada 70 peratus kepada 60 peratus, dan tempohnya dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan.

"Taklimat ini melihat cadangan CUEPACS ada yang diterima dan ada yang dikaji semula. Kami berasa lega kerana berjaya mencapai satu keputusan bersama dalam SBPA," katanya kepada pemberita di lobi pejabat JPA.

Terdahulu, Omar bersama pemimpin dan ahli majlis CUEPACS menghadiri taklimat yang memberi gambaran terperinci berhubung pelaksanaan SBPA yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan ini.

Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan CUEPACS dan JPA segera berunding bagi menyelesaikan isu itu.

Omar berkata CUEPACS menerima SBPA dan menyarankan penjawat awam menandatangani surat tawaran JPA.

Beliau juga berkata JPA dan CUEPACS setuju mengadakan rundingan bersama setiap tiga bulan bagi membuat semakan dan kajian menyeluruh untuk menambah baik SBPA.

Jumaat lepas, JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun kekal pada 30 Dis ini.-ceupacs.blogspot.ocm
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Lansok3 said...

dicadang agar cuepacs merujuk pada jpa supaya tidak mencampurkan skim yang kelayakan masuk yang memerlukan diploma ,contohnya jawatan asal gred 27 ssm tidak perlulah diambil pemegang sijil atau stpm ,selaraskan saja gred 27 asal ssm kepada N2-1 N-4 N-5 sbpa.Bagi mana-mana jawatan gred 17 yang dinaik taraf atau akan dinaik taraf bolehlah ditimbangkan ke mana-mana gred yang sesuai sama ada diberi gred 2-1 ,2-4 2-5 atau 3-1 3-2 3-3 sbpa.Bagilah peluang kepada gred 17 yang sesuai dinaik taraf.ADA STPM AJE!!!

Post a Comment