Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

6 May 2012

PENGAJARAN J-QAF ( JAWI,AL-QURAN, ARAB DAN FARDHU-AIN ) DI SEKOLAH MENENGAH DITANGGUH KERANA KEKURANGAN GURU


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


Pelaksanaan pengajaran J-Qaf (Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain) di sekolah menengah di seluruh negara yang dijadual bermula pertengahan tahun ini, akan ditangguhkan kerana masalah kekurangan guru, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata penangguhan dibuat memandangkan terdapat kekurangan kira-kira 11,000 guru J-Qaf di sekolah kebangsaan yang sekaligus menghalang pengajarannya diteruskan ke peringkat sekolah menengah.
"Kita perlu menyelesaikan dahulu kekurangan guru J-Qaf di sekolah kebangsaan yang menjadi keperluan mendesak ketika ini. Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan jumlah guru itu dan ia akan dibincangkan pada mesyuarat pasca kabinet Kementerian Pelajaran minggu depan bagi mendapatkan penyelesaian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung dan penyampaian anugerah pelajar cemerlang Sekolah Agama Kampung Sungai Suloh, Senggarang, di sini, hari ini.


Mohd Puad yang juga anggota Parlimen Batu Pahat berkata antara cadangan kementerian bagi meningkatkan jumlah guru J-Qaf adalah dengan melatih lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai latar belakang pendidikan agama di Institut Pendidikan Guru (IPG) sebelum diserapkan menjadi guru.


Beliau berkata kerajaan ada mengambil guru lepasan ijazah dari Timur Tengah untuk berkhidmat sebagai guru J-Qaf di negara ini, namun, jumlah itu belum memadai bagi menampung keperluan ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Disember lepas mengumumkan program perintis J-Qaf di sekolah menengah akan dilaksanakan mulai pertengahan tahun ini dan pelaksanaan sepenuhnya pada 2013 di sekolah menengah seluruh negara.

Muhyiddin berkata pelaksanaan J-Qaf di 4,747 sekolah kebangsaan sejak 2005 itu berkesan apabila 94 peratus murid menguasai empat kemahiran iaitu Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain.

Dalam pada itu, Mohd Puad berkata Kementerian Pelajaran turut berhasrat mewujudkan jawatan Guru Penolong Kanan Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan di negara ini bagi memantau dan memperkukuhkan Pendidikan Islam.

Beliau berkata perkara itu turut menjadi permintaan Kesatuan Guru-Guru Agama Kebangsaan semasa konvensyen Pendidikan Islam peringkat kebangsaan, tahun lepas.

Katanya cadangan tersebut telah dibincang dan kementerian mungkin akan melaksanakannya di sekolah yang mempunyai Kelas Aliran Agama (KAA) terlebih dahulu.

"Hal ini perlu mendapatkan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam dan mengambil kira faktor kewangan sebelum dapat dilaksanakan. Apa yang penting pelaksanaan seumpama ini membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan Pendidikan Islam di negara kita," jelasnya. - BERNAMA

ARAU BLOGGER- Lepas ni akan bertambah pengambilan guru untuk JQAF

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment