Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

6 May 2012

KEPUTUSAN BADMINTON GP EMAS TERBUKA MALATSIA : LEE CHONG WEI JUARA KALI KEEMPAT BERTURUT-TURUT


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


JOHOR BAHARU 6 Mei - Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei bangkit daripada kekalahan mengejut pada Siri Super Terbuka India, minggu lalu dengan merangkul kejuaraan perseorangan lelaki kejohanan badminton Grand Prix Emas Terbuka Malaysia selepas menumpaskan pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 17-21, 21-8, 21-10, sebentar tadi.

Selepas dikejutkan dengan kekalahan 17-21 di set pembukaan, Chong Wei mempamer aksi meyakinkan pada dua set berikutnya, sekali gus mempertahankan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut. Dia tidak pernah melepaskan gelaran sejak kejohanan diperkenalkan pada 2009.

Kecemerlangan Chong Wei turut diikuti tiga lagi wakil negara yang menjuarai perlawanan masing-masing. Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mempertahankan kejuaraan beregu lelaki selepas menewaskan pasangan senegara, Chooi Kah Ming-Ow Yao Han 21-15, 21-19.

Wong Pei Tty-Chin Eei Hui merangkul kemenangan pertama tahun ini selepas menewaskan pasangan Singapura, Shinta Mulia Sari-Yao Lei 21-18, 21-18 dalam beregu wanita, manakala pasangan muda, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menjuarai beregu campuran dengan menundukkan Fadhilah Irfan-Anggraini Weni dari Indonesia 21-12, 21-14. - UTUSAN

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment