Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

7 May 2012

' DISKAUN 5% KONSERT MAHER ZAIN ' DI STADIUM MERDEKA KL 16 JUN INI DAPATKAN DISKAUN 5% BAGI PEMBELI AWAL ( ARTIS )


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Penyanyi yang popular menerusi lagu Thank You Allah dan InshaAllah, Maher Zain sekali lagi bakal mengadakan konsertnya di Malaysia pada 16 Jun ini.

Selepas anak kelahiran Lebanon ini memukau para peminatnya menerusi persembahan di Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak pada 19 November tahun lepas, Stadium Merdeka Kuala Lumpur menjadi pilihan untuk menghiburkan para peminatnya dengan lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan.

Menurut Pegawai Perhubungan Marctensia Concerts Sdn. Bhd., Goh Yoke Leng, selaku penganjur konsert Maher, pihaknya menawarkan harga potongan lima peratus kepada peminat yang ingin mendapatkan tiket bagi menyaksikan konsert Maher Zain.

"Bagi pembeli awal, kita tawarkan diskaun lima peratus kepada para peminat Maher Zain yang mahu menyaksikan konsert beliau di Stadium Merdeka pada 16 Jun nanti.

"Kita menjangkakan konsert Maher akan bermula pada pukul 8 malam," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Katanya lagi, para peminat Maher Zain tentu mahu mendengar penyanyi itu mengalunkan lagu daripada single terbarunya, Number One For Me yang semakin mendapat tempat di hati peminat.

Konsert Maher kali ini merupakan konsert jelajah bagi mempromosikan album terbarunya berjudul Forgive Me yang sudah pun berada di pasaran.

Bagi para peminat Maher Zain, bolehlah melayari www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian 03-92228811 untuk mendapatkan tiket konsert.

Harga tiket adalah seperti berikut RM298, RM238, RM138 dan RM78.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi penganjur di talian Marctensia Concerts 03-2092-1199 atau layari laman web http://www.maherzainforgivemeconcert2012malaysia.com.my/ - UTUSAN ONLINE

ARAU BLOGGER-cepat beli dapat diskaun 5% lagi bagi pembeli awal
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment