Itu mesej penting disampaikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan kepada ibu bapa selepas siasatan polis mendapati beberapa kumpulan kongsi gelap kini aktif merekrut ahli termasuk di kalangan pelajar sekolah. Lihat jari di bawah ..seakan kepala harimau.
Menurutnya, biarpun kegiatan itu masih dalam kawalan pihak berkuasa, kesedaran dan kerjasama ibu bapa serta pihak sekolah penting bagi menyekatnya daripada terus berleluasa. Tengok kat bawah ..satu cara bersalam kumpulan 77..
“Pengetahuan ini penting kepada ibu bapa bagi membolehkan mereka mengesan pembabitan anak masing-masing dalam kegiatan kongsi gelap. Kalau ibu bapa tidak tahu, macam mana mereka hendak menghalang dan mengawal pergerakan anak,” katanya ketika ditemui Harian Metro di pejabatnya, di sini.
Menurutnya, antara kumpulan kongsi gelap yang dikesan cuba meluaskan pengaruhnya di kalangan remaja termasuk geng Double Seven (77), 36, 08, 04 dan 108.-mymetro
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
4 comments:
takutnye... ramai gengter skang neh... KATAK OH KATAK
undang2 kan ada apa nk takut...diorg mkn nasi gak...gengster tahi kucing je yg byk....
thx utk info ..
Post a Comment