Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

5 Jan 2012

Jawatan Kosong GSTT di Yayasan Trengganu


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Yayasan Terengganu dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia kerakyatan Negeri Terengganu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu iaitu jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Gred DC41. 
Bagi calon-calon yang berminat boleh membuat permohonan menggunakan laman sesawang secara online yang disediakan. Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada
 
10 Januari 2012.

·         Pemohon yang mengisi borang dalam Sistem on-line diminta terlebih dahulu membaca syarat dan maklumat jawatan yang dipohon

·         Pastikan maklumat yang diberi adalah benar. Pemohon yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan akan disenaraihitamkan dan boleh diambil tindakan.

·         Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

·         Permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tutup iklan tidak akan diproses.
·         Keputusan pemilihan calon oleh Yayasan Terengganu adalah muktamad.

·         Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
·         Calon boleh menghubungi terus Bahagian Khidmat Pengurusan (Unit Perjawatan & Perkhidmatan) di talian berikut : 09-6221733 samb. 313,314,315 ATAU emailkan kepada upjwtn@ytrg.terengganu.my bagi sebarang pertanyaan mengenai jawatan.

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang BERKELAYAKAN SAHAJA bagi memenuhi jawatan-jawatan berikut : -
1.  JAWATAN  : GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT)
     BAGI SUBJEK BERIKUT :-
A.       Bahasa Inggeris
B.        Sains
C.        Bahasa Arab
D.       Kemahiran Hidup Bersepadu
2.  PENEMPATAN :         
A.       Semua Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.   
B.        Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu
3.  TARAF JAWATAN :           Sandaran

4.  * KADAR ELAUN BULANAN
Kelayakan
Gred/Elaun
Tangga Elaun
Ijazah Kepujian
DC 41
P1T5 RM1,653.73 – T10 RM2,046.98

                                                  *  Tertakluk kepada perubahan Skim Perkhidmatan serta pindaan dari semasa ke semasa.

5.   SYARAT LANTIKAN :
A.    Terdiri daripada warganegara serta rakyat Negeri Terengganu Darul Iman.
B.     Umur tidak melebihi 35 tahun bagi siswazah
C.     Mempunyai kelayakan akademik yang diiktiraf
D.    Mempunyai kepujian Bahasa Melayu diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya dan mendapat kepujian  dalam empat (4) mata pelajaran lain.
E.     Bagi lantikan guru agama, calon-calon hendaklah mempunyai kelulusan kepujian Bahasa Arab sekurang-kurangnya di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam mata pelajaran Ugama Islam Tinggi atau Empat Thanawi atau setaraf dengannya.
F.      Seseorang calon boleh juga ditawarkan dan dilantik ke dalam kategori yang rendah daripada kelayakan yang diperolehi mengikut keperluan dan kepentingan Perkhidmatan.
6.    PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :
A.    Pegawai-pegawai yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
7.   CARA MEMOHON
A.    Permohonan hendaklah melalui dibuat secara atas talian (online) SAHAJA.
          Klik --> Borang Permohonan Online
8.    SEMAKAN PERMOHONAN
A.    Semakan dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat pada bila-bila masa di bahagian "SEMAKAN PERMOHONAN" sehingga tarikh tutup.
          Klik -->  Semakan Permohonan

CATATAN AM :

·         Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
·         Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja dipanggil untuk di temuduga.

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Koding said...

Hebahan yang penting kepada yg berminat..

Post a Comment