Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

13 Apr 2013

Tahniah Chong Wei dengan kehadiran Kingston Lee


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Tahniah Chong Wei dengan kehadiran Kingston Lee , selamat menjadi bapa , menurut Kosmo hari ini .....

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengharapkan kehadiran bayi lelaki sulungnya mampu memberi semangat baharu kepada beliau untuk mencatat kejayaan cemerlang dalam setiap kejohanan yang bakal disertainya sepanjang tahun ini.

Isteri beliau yang merupakan bekas pemain perseorangan wanita kebangsaan, Datin Wong Mew Choo selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.5kg yang diberi nama Kingston Lee di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur kira-kira pada pukul 1.30 tengah hari semalam.

“Saya lega sebab isteri saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki walaupun terpaksa menjalani proses pembedahan. Saya harap kehadiran anak sulung ini memberikan semangat yang tinggi untuk menghadapi baki kejohanan badminton tahun ini,” katanya ketika ditemui di hospital berkenaan.

Pemain perseorangan No. 1 dunia itu berkata, pemilihan nama Inggeris ‘Kingston’ untuk anak lelakinya diputuskan oleh Mew Choo sendiri dan beliau menghormati keputusan itu.

“Untuk nama Cina, kami masih belum menetapkan nama yang sesuai dan berharap dapat menamakannya dalam masa terdekat ini,” katanya.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Fyna Ahmad said...

cute~ welcome to the world Kingston Lee.

Post a Comment