Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

4 Apr 2013

Baju dalam kalis rogol !


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


Adakah baju ini mampu menghalang jenayah rogol ? Menurut Berita Harian hari ini....


New Delhi: Sekumpulan penuntut kejuruteraan di India mencipta baju dalam antirogol yang didakwa mampu menghalang jenayah rogol dan serangan seksual lain.

Baju dalam perlindungan itu dicipta untuk mengalirkan sehingga 82 kejutan elektrik kepada bakal penjenayah apabila pengesan tekanan pada bahan itu mengesan sebarang jenis paksaan.

Pakaian dalam yang dibantu teknologi itu, dinamakan sebagai Society Harnessing Equipment (SHE), juga boleh memberi amaran kepada polis, keluarga atau rakan, menerusi sistem pengesanan global (GPS) yang dipasang.


“Pakaian dalam dengan sistem pengesanan global, sistem global bagi komunikasi telefon bimbit (GSM) dan pengesan tekanan mampu mengalirkan arus kejutan sehingga 3,800 kilovolt selain memberi amaran kepada ibu bapa dan polis.

“Penjenayah yang cuba mencabul gadis akan menerima kejutan dalam hidupnya sebaik pengesan tekanan diaktifkan manakala modul GPS dan GSM akan menghantar pesanan kepada nombor kecemasan India selain kepada ibu bapa mangsa,” kata Manisha Mohan, yang membantu membangunkan produk itu kepada Times of India.

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

4 comments:

Mama Amirul said...

err...
tak bahaya ke....
silap2 yang pakai tu yang kena kejutan elektrik

fyna ahmad said...

berguna. tapi...takde kesan sampingan ke pada si pemakai?

mamapp said...

wah.. bagus ni.. tp jgn plak si pemakai terkena kejutan letrik nanti,, mana tau shot ker aper kan

Sukma said...

alamak..baju nie...tapi bagus gak...kot...

Post a Comment