Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

6 Apr 2013

Cinta Jangan Pergi bersiaran selama 2 jam


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Bagi peminat Remy Ishak dan Tiz Zaqyah jangan lupa malam ni , tengok Drama bersiri Cinta Jangan Pergi di TV9, menurut Mstar hari ini ....

Drama bersiri Cinta Jangan Pergi yang sepatutnya disiarkan selama sejam pada setiap Sabtu dan Ahad di TV9 akan ditayangkan selama dua jam pada Sabtu (hari ini).

TV9 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Jumaat berkata, perubahan itu disebabkan saluran itu akan memberi laluan kepada rancangan Hip TV yang akan membuat lintas langsung liputan eksklusif karpet merah, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012).

ABPBH 2012 bakal disiarkan secara langsung pada Ahad, pukul 8.30 malam dari Stadium Putra, Bukit Jalil, dekat sini.

Kata kenyataan itu, disebabkan perubahan jadual siaran berkenaan Cinta Jangan Pergi lakonan Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Josiah Hogan dan Nadiya Nisaa akan menemui penonton selama dua jam berturut-turut.

“Bagaimanapun pada minggu berikutnya, drama itu akan disiarkan seperti biasa iaitu setiap Sabtu dan Ahad, pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam,” katanya kenyataan tersebut.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

2 comments:

Aimacomel said...

Owh, cerita pe ni eh

Sukma said...

tak sempat nak tengok ...bz sikit...

Post a Comment