Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

10 Apr 2013

Sedetik Cinta Episid 5


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Nampaknya Hakimi sentiasa mencari jalan supaya keluarga Elisya marah kepadanya , terbaru dia tuduh isterinya Emilya , berjumpa dengan Fuad , bekas kekasihnya . Hakimi tak tidur langsung rumah mertuanya , kekadang saja tidur . Nampak sangat Hakim nak balas dendam kepada keluarga mertuanya . Ayah mertuanya berjanji , kalau dia tidak ceraikan Emilya , 30 % harta bapa mertuanya akan menjadi miliknya , Hakimi akan buat supaya Emilya minta cerai darinya .

Tapi Emilya ni seorang yang baik dan lurus bendul , dia biarkan saja Hakimi buat apa-apa kepada dia . Emilya pun rajin solat , dia tersepit antara permintaan suami untuk berpindah rumah , atau menghadiri final exam di kolejnya. Rakan sekelas Emilya tidak tahu yang dia dah berkahwin , yang tahu hanya Fuad , bekas kekasihnya .

Tini , yang tergila-gila Hakimi satu masa dulu memilih untuk mendekati Iskandar ( Fizz Fairuz ) yang juga abang kepada Fuad , mula-mula dia minta Iskandar nasihatkan  adiknya supaya lupakan Emilya , tapi lama kelamaan dia dah jatuh cinta kepada Iskandar . Saksikan episod seterusnya dalam Sedetik Cinta , setiap Isnin-Khamais , 7.00 malam .


Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment