Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

25 Feb 2013

Wings di Istana Budaya 26 April hingga 30 April 2012


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Tahniah Wings , korang semua otai rock belaka.....menurut Kosmo hari ni ....



PADA hakikatnya, diberi peluang mengadakan sebuah konsert di tempat berprestij seperti Istana Budaya adalah sesuatu yang dapat dibanggakan. Ini kerana ia boleh dianggap sebagai pencapaian tertinggi seseorang artis atau selebriti itu apabila dapat menghiburkan penonton di situ.

Wings tidak terkecuali. Setelah berkecimpung dalam industri muzik selama 27 tahun lamanya, pencapaian kumpulan rock legenda Malaysia itu cukup mengagumkan. Ini kerana, bukan sekali, tetapi dua kali Wings berjaya mendapat kepercayaan pihak Istana Budaya untuk mengadakan konsert.

“Dengan bangga saya mengatakan, Wings merupakan kumpulan rock pertama yang berjaya membuat persembahan di atas pentas Istana Budaya. Sejujurnya, kutipan tiket bagi konsert Wings dua tahun lalu adalah antara yang tertinggi bagi program yang dibuat di sini.

“Melihat kepada kejayaan yang dicapai, sekali lagi kami bakal mempersembahkan konsert Wings yang diberi judul Wings Rockestra pada bulan April kelak,” ujar Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani pada sidang akhbar di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kejayaan konsert Wings yang diberi judul sebagai Opera Hidup pada tahun 2011 benar-benar mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada peminat mereka di seluruh Malaysia.

Jika Opera Hidup menampilkan Superfriends dan bekas anggota Wings yang turut mewarnai persembahan, kali ini mereka tampil bersendirian.

“Konsert kali ini memang kami akan tampilkan kejutan buat peminat yang hadir. Jika dahulu kami bawakan beberapa orang di atas pentas untuk bersama kami, kali ini agak istimewa.

“Hanya kumpulan Wings sahaja yang akan beraksi di atas pentas dan saya seorang sahaja yang akan menyampaikan lagu-lagu daripada Wings,” tutur vokalis Wings, Awie yang turut hadir bersama anggota lain iaitu Joe, Eddie serta Black.

Pada konsert Wings yang kali ini diberi judul sebagai Rockestra, vokalisnya, Awie bakal menyampaikan 20 buah lagu dalam konsert yang berdurasi selama 2 jam 30 minit ini.

Sama seperti lokasi dua tahun lepas iaitu di Panggung Sari, Istana Budaya, Wings juga sekali lagi akan bekerjasama dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer.

“Kali ini, kami akan menyampaikan sebuah lagu dari album baharu dan selebihnya merupakan lagu popular kami yang jarang dibawakan ketika konsert.

“Setakat ini, latihan telah pun dijalankan dan kami akan menggunakan konsep yang segar dan peminat pastinya akan terhibur dengan persembahan kami kelak,” kata pula Joe yang menggalas tanggungjawab bersama sebagai Pengarah Muzik bagi konsert tersebut.

Konsert ini bakal menggegarkan Panggung Sari, Istana Budaya selama empat hari berturut-turut bermula dari tarikh 26 April hingga 30 April 2012 bermula pukul 8.45 malam.

Sesiapa yang berminat, tiket Wings Rockestra boleh dibeli secara online menerusi http://www.ticket2u.com bermula dari harga serendah RM69 hingga RM499.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

3 comments:

hainom OKje said...

Suka dengar lagu lagu dia...

Zainal said...

suka juga

hebat sungguh said...

singgah buat apa yang patut di sini

Post a Comment