Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

9 Feb 2013

Bas nak kena paang tali pinggang keledar


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Bas nak kena pasang tali pinggang keledar lepas ni , ada baiknya juga , kalau berlaku eksiden , penumpang tak terpelanting ....menurut Mstar hari ni ....

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan syarikat bas terutama bas baru agar dilengkapi tali pinggang keledar untuk penumpang mereka.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Solah Mat Hassan berkata, arahan mengenainya berkuat kuasa pada 26 Disember 2008.

"Walaupun kerajaan belum mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar kepadapenumpang, tetapi pihak pengusaha perlu menyediakan kemudahan itu untuk penumpang demi keselamatan mereka," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Ops Tahun Baru Cina di sini hari ini.

Solah berkata, sebelum ini kerajaan telah mensyaratkan setiap bas yang dibina selepas tarikh itu perlu dilengkapi tali pinggang keledar, tetapi yang menjadi masalah sebahagian besar penumpang tidak mahu menggunakannya.

"Bagi memastikan keselamatan setiap penumpang agar lebih terjamin, setiap bas hendaklah dilengkapi dengan tali pinggang keledar sebagaimana ditetapkan dan penumpang perlu memakainya," katanya.

Bas yang dibina sebelum tarikh penguatkuasaan itu boleh meneruskanperkhidmatan mereka seperti biasa tetapi keselamatan pengguna perlu diutamakan,tambahnya.

Solah juga berkata, pembinaan badan bas mesti menepati spesifikasi ketahanan struktur rangkanya demi menjamin keselamatan penumpang, begitu juga dengankerusi penumpang.
Memang selalu aku naik bas , tapi ak ada satu pun pasang tali pinggang keledar .  ......




Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment