Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

12 May 2012

WARGA EMAS MAUT TERJATUH DARI TINGKAT TIGA HOSPITAL PULAU PINANG


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !




GEORGETOWN: Seorang lelaki warga emas yang baru seminggu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat tiga hospital itu di sini hari ini.


Pada kejadian pukul 1 tengah hari itu, lelaki terbabit, R. Tanchavarnam, 68, dimasukkan ke wad hospital itu selepas disyaki menghidap penyakit batuk kering. 


Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata lelaki terbabit sebelum itu dikatakan mengadu kepada beberapa orang jururawat dan doktor bahawa dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat penyakit yang dialaminya. 


"Seorang jururawat telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berhubung penemuan mayat itu," katanya.




Gan berkata ini adalah kes pertama seumpamanya berlaku di hospital itu.




Beliau berkata siasatan awal mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut, dan mayat lelaki terbabit dihantar ke Jabatan Forensik HPP untuk bedah siasat. - BERNAMA


Araublogger- sama macam kes pelajar terjun bangunan di UPSI hari tu !!! 


Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment