Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

12 May 2012

' SERANGAN ALA KAMIKAZE ' PEROMPAK DITEMBAK DALAM RUMAH MANGSA


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


ALOR GAJAH: “Sebaik membuka pintu bilik, saya nampak seorang lelaki sebelum dia membaling pemotong besi yang mengenai kepala menyebabkan saya melepaskan sedas tembakan ke arah kaki kirinya,” kata mangsa samun bersenjata, Mohd Shamir Fauzi, 28.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi di Pantai Belimbing, Durian Tunggal, dekat sini, rumah didiami Mohd Shamir bersama isteri, Azarita Abd Rahim, 28, ibunya Nory Md Noor, 58, serta anak tunggal mereka, Muhammad Reza Fauzi, 2, dipecah masuk tiga lelaki bersenjatakan parang, pisau dan pemotong besi.

Bagaimanapun, cubaan ketiga-tiga suspek untuk menyamun rumah berkenaan gagal apabila seorang daripada mereka cedera di kaki kiri dan seorang lagi cedera di perut akibat terkena tembakan senapang patah dilepaskan Mohd Shamir yang turut cedera di dahi.

Seorang lelaki warga Indonesia berusia 37 yang ditembak di kaki, berjaya ditahan polis kira-kira 100 meter dari rumah mangsa dalam keadaan mengerang kesakitan manakala rakannya yang cedera di perut serta seorang lagi sempat melarikan diri.


Mohd Shamir berkata, sejurus dia melepaskan satu tembakan, seorang rakan penjenayah itu yang turut berada dalam rumah, menjerit sambil membaling basikal, kerusi dan pelbagai peralatan ke arah saya yang mengarahkan mereka menyerah diri.-METRO

Araublogger-baru padan muka perompak tu !!!

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment