Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

6 May 2012

' SAYA BERTUAH DAPATSELAMATKAN NAYATI '


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


"Saya tergamam kerana mengetahui dia ialah Nayati, lantas saya terus memeluknya."

Begitu luahan Norzaini Zainul Abidin, 31, ketika menceritakan detik-detik awal dia menemui kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, hari ini yang dilaporkan hilang dipercayai diculik oleh dua lelaki tempatan pada Jumaat lalu.

Katanya, dia mengenal pasti wajah Nayati kerana sentiasa mengikuti perkembangan kes culik itu malah kali terakhir melihat wajah kanak-kanak itu pada poster yang ditampal di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Sungai Perak semasa dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur dari Pulau Pinang.

Bercerita lanjut, Norzaini berkata, setibanya di Hentian R&R Rawang kira-kira pukul 7.30 pagi, suaminya Mohamad Asif Abdullah, 31, menyuruhnya memandu kerana dia terlalu mengantuk, lalu dia keluar ke tandas untuk membasuh muka.

"Semasa keluar dari tandas, saya dengar bunyi orang berlari ke arah saya dan apabila berpaling saya dapati individu itu ialah Nayati," ujarnya yang bekerja sebagai Pengurus Bahagian di sebuah kedai serbaneka di Puchong.

Menurut Norzaini, dia terus menarik Nayati masuk ke dalam keretanya apabila kanak-kanak itu mengaku dia ialah Nayati.

"Selepas mempelawa makan sambil memastikannya dalam keadaan baik, saya terus menghubungi ibunya. Selang beberapa minit, bapanya pula menghubungi saya dan menyuruh saya menelefon pegawai penyiasat untuk tindakan seterusnya," katanya.

Katanya, pihak polis memintanya untuk membawa Nayati ke Restoran Jejantas Sungai Buloh untuk bertemu keluarganya.

"Tiba di situ, keluarganya dan pihak polis sudah menunggu. Ibu dan bapanya terus memeluk Nayati apabila melihat dia dalam keadaan selamat.

"Ketika itulah saya rasa sangat terharu dan rasa amat bertuah kerana menjadi orang pertama yang menemui Nayati sebelum menyerahkan kepada polis," ujarnya.

Menurut Norzaini, ketika ditemui, Nayati dalam keadaan sihat dan agak ketakutan sambil memegang sebuah telefon bimbit.

"Dia memberitahu saya, penculiknya meninggalkan dia di situ kira-kira 15 minit sebelum ditemui dan memberikan sebuah telefon bagi menelefon ibunya selepas 20 minit ditinggalkan.

"Nayati juga memberitahu sepanjang dia diculik tidak dilakukan apa-apa dan semua mungkin disebabkan duit," ujarnya yang berbual bersama Nayati ketika dalam perjalanan dari Hentian R&R Rawang ke Restoran Jejantas Sungai Buloh.

Sementara itu, keluarga Nayati melalui Facebook Please help us to find Nayati Moodliar memberikan ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia khususnya Polis Diraja Malaysia atas kerjasama yang diberikan.-utusan

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment