Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

7 May 2012

' PELACUR WARGA ASING ' SEMBUNYI DALAM BILI RAHSIA SEMASA DISERBU POLIS ( 18SX )


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


PETALING JAYA: Lima wanita warga asing yang dipaksa melacur, berhimpit dalam sebuah bilik kecil dengan pintu cuma berukuran 50 sentimeter panjang dan 50 sentimeter lebar selepas majikan mereka menyedari polis membuat serbuan di sebuah hotel di Sri Damansara, di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan Unit Anti Pemerdangangan Orang (Atip), Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Bukit Aman, jam 7.15 malam itu, tiga warga Vietnam bersama dua wanita warga Thailand dan China berusia 21 hingga 39 tahun diselamatkan selepas polis menemui pintu rahsia bilik berkenaan.


Difahamkan, serbuan itu hasil risikan dan pertukaran maklumat antara Interpol dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung aktiviti sindiket pemerdagangan manusia selain melakukan pemantauan berterusan selama dua hari di lokasi berkenaan.

Ketua Unit Atip, Deputi Superintendan Nor Omar Saffi, berkata, polis mengambil masa hampir dua jam bagi mengesan kelima-lima wanita terbabit yang disorok di dalam sebuah bilik di tingkat dua hotel berkenaan yang dipercayai turut menjalankan aktiviti pelacuran.


“Premis itu dilengkapi sistem kamera litar tertutup, sistem sekatan lif ke tingkat satu dan dua selain seorang pekerja yang memantau bagi menyekat atau melengahkan kehadiran polis, malah sistem yang sama juga bagi mengelakkan wanita berkenaan lari,” katanya kepada Harian Metro.-METRO

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment