Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

8 May 2012

' HUTANG GHAIB ' MENGHANTUI SEORANG JURUTEKNIK IAITU HUTANG KAD KREDIT RM 70K


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Seorang juruteknik terkejut apabila mendapat tahu mempunyai tunggakan hutang kad kredit sebanyak RM70,000 walaupun dia sudah melangsaikan semua hutang kad kreditnya sejak 2005.

Mangsa, Loke Wai Fong, 51, berkata, dia pernah membuat pinjaman kad kredit pada 2001 dan sudah melangsaikannya pada 2005.

Menurutnya, pada April 2011 dia mendapat surat menyatakan dia perlu menjelaskan bayaran kad kredit untuk dua akaun di atas namanya dalam tempoh tujuh hari.

“Bagaimanapun saya tidak mengendahkannya dan bertindak membuat laporan polis.

“Sebelum itu juga saya tidak pernah menerima sebarang bil atau penyata bank berkenaan kad kredit tersebut membuatkan saya syak ada pihak yang memohon dan menggunakan kad kredit dengan nama saya,” katanya ketika sidang media oleh Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Parti Gerakan Rakyat Malaysia Nasional (Gerakan) di Cheras, di sini semalam.

Wai Fong berkata, dia kemudiannya mengambil keputusan berpindah dari Damansara Damai ke Kepong kerana tidak mahu terlibat dengan dengan ‘hutang’ tersebut.

Bagaimanapun katanya, pada awal tahun ini, dia ada memohon kad kredit namun pihak bank menyatakan namanya telah disenarai hitamkan disebabkan ‘hutang’ tersebut.

“Saya tidak faham bagaimana perkara ini boleh berlaku sedangkan saya tidak pernah kehilangan kad pengenalan,” katanya yang kemudiannya merujuk ke Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Parti Gerakan Rakyat Malaysia Nasional.

Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Gerakan, Wilson Lau Hoi Keong berkata, pada Mac lalu pihaknya menghantar surat kepada pihak bank berkenaan menuntut penjelasan berhubung ‘hutang’ yang ditanggung lelaki tersebut.

Bagaimanapun katanya, jawapan balas yang diterima seminggu kemudian menyatakan bahawa ‘hutang’ tersebut sudah dilangsaikan oleh lelaki tersebut.

“Perkara ini yang mengelirukan kerana Wai Fong tidak pernah berurusan dengan bank berhubung hal bayaran kerana bukan dia yang buat hutang itu, jadi kita bimbang hal ini boleh berulang pada masa akan datang.

“Satu hal lagi, namanya masih disenarai hitam walaupun ‘hutang’ tersebut sudah langsai. Jadi saya akan buat surat sekali lagi kepada bank berkenaan dan akan cuba mendapatkan respons daripada pihak Bank Negara agar perkara ini diberi perhatian dan disiasat,” katanya.-METRO

Arau Blogger-bank ni pun kekadang tak telus , kekadang ada sindiket penipuan !!
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment