Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

8 May 2012

EDISI PELIK !! ' BATU GERGASI ' HEMPAP KERETA DIPERCAYAI JATUH DARI GUNUNG DI VIETNAM ( LUAR BIASA )


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

HANOI - Seorang pegawai menyatakan, sebuah kereta remuk manakala enam orang terbunuh selepas kenderaan tersebut dihempap bongkah batu sebesar rumah yang jatuh dari sebuah gunung di Vietnam.

Seorang pegawai tempatan, Keo Khon berkata, lima orang termasuk pemandu kereta mati di tempat kejadian di wilayah An Giang, selatan Vietnam pada Sabtu lepas.

Menurutnya, seorang lagi penumpang maut semasa dikeluarkan dari kenderaan tersebut manakala dua lagi masih dirawat di hospital.

Kata Khon semalam, semua mangsa dalam perjalanan pulang selepas menyertai satu upacara keagamaan di sebuah kuil di puncak gunung berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan masih menyiasat kemalangan tersebut.

Menurut Khon, jalan raya menuju ke kuil berkenaan dibuka pada 2004 dan menarik kehadiran beribu-ribu pelawat pada setiap tahun. - Agensi

Arau Blogger- ni baru first time tengok batu besar tu bergolek dan menghempap kereta
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

2 comments:

dear yayah said...

mak aih, besarnya batu tuh.. mau kena lenyek kalu kena hempap

Arau Blogger said...

Saya pun terkejut tengok batu tu ..cam na dia bergolek yea

Post a Comment