Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

1 Feb 2012

BORANG SARA 1 MALAYSIA ONLINE | CARA MEMOHON SKIM SARA 1 MALAYSIA


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
BORANG SARA 1 MALAYSIA ONLINE | CARA MEMOHON SKIM SARA 1 MALAYSIA | Untuk membuat permohonan SARA 1Malaysia, borang untuk menyertai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) boleh didapati di bank tempatan yang terpilih seperti Malayan Banking Bhd, RHB Bank Bhd, CIMB Bank Bhd dan Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN) mulai 30 Januari 2012. Tempoh permohonan adalah selama satu tahun.


Apakah Skim SARA 1Malaysia ?

Skim SARA 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah dibawah RM3000 untuk membuat pelaburan dan mendapat pulangan yang tetap pada setiap bulan.

Bagaimana cara memohon Skim Sara 1Malaysia?
Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan. Jika anda berjaya, pihak bank akan menghubungi sendiri anda.

Adalah dimaklumkan buat masa sekarang tiada permohonan yang dibuka melalui online..

Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia
* Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
* Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000.
* Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
* Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
* Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
* Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
* Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
Sumber dari alcatraz77
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Anonymous said...

saya zainudin bin abdullah ingin menayakan tentang pertolongan dari pemohonan sara 1 malaysia dapat membantu pendapatan yang kurang dari rm 500 dapat memohon dari apa yang di baca di terang kan dari pemohonan pembiayaan pinjaman dapat diluluskan bagi pinjaman di satu bank

Post a Comment