Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

12 Apr 2012

SINDIKET JUAL BAYI HARGA RM 6000 DICEKUP POLIS


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Polis sedang mengesan rangkaian sindiket penjualan bayi antarabangsa susulan penangkapan enam suspek termasuk ibu bapa kepada seorang bayi dan seorang wanita warga Singapura, Jumaat lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, polis sedang mengenal pasti pihak lain yang terlibat dalam rangkaian antarabangsa itu.

"Kita masih memburu seorang wanita tempatan dipercayai menjadi dalang dalam sindiket ini dan siasatan masih kita jalankan bagi mengesan modus operandi sindiket ini," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata polis percaya sindiket yang berjaya ditumpaskan baru-baru ini telah menjual lebih daripada tiga bayi dengan harga antara RM6,000 hingga RM28,000.


Jumaat lepas, polis berjaya menumpaskan satu sindiket menjual bayi yang aktif sejak tiga bulan lalu selepas menahan enam suspek termasuk seorang warga Singapura yang lumpuh sebelah kaki dalam serbuan di sebuah restoran di pusat membeli-belah Bukit Tinggi, Klang, Selangor.


Dalam serbuan kira-kira jam 11.30 pagi hasil maklumat awam itu, polis turut menyelamatkan dua bayi lelaki daripada didagangkan oleh sindiket berkenaan. Dua lagi bayi dipercayai telah dijual.

Keenam-enam suspek masing-masing berumur 20-an hingga 50-an dan kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14, Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran 2007. - Bernama
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment