Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

18 Jun 2013

Tragedi Sungai Golok ! Takziah !


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Kebimbangan seorang ibu, Nor Asikin Abdul Rahman, 41, tentang keselamatan tiga anaknya selepas dimaklumkan mereka bermain berhampiran Sungai Golok terjawab apabila tiga beradik itu ditemui mati lemas hari ini.

Mayat ketiga-tiga mangsa yang berasal dari Kampung Rahmat, Muhammad Zulhilmi Aziz, 7; Muhammad Syahmi, 6, dan Muhammad Irfan Rahman, 4, ditemui penduduk kampung antara pukul 5.20 hingga 5.50 petang ini.

Nor Asikin ketika ditemui di rumahnya di sini berkata, ketika kejadian dia yang bekerja sebagai guru Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Kemas Kampung Rahmat menghadiri satu bengkel di kampung bersebelahan.

Dia kemudian menerima panggilan daripada rakan memaklumkan anaknya sedang bermain berhampiran sungai dan memintanya pulang segera.

"Saya meninggalkan ketiga-tiga mereka di rumah kakak berhampiran rumah saya. Rakan menelefon saya memaklumkan tiga anak saya itu bermain berhampiran sungai dan meminta saya segera balik. Ketika sampai di rumah, penduduk kampung sedang mencari anak-anak saya yang dikhuatiri lemas.

"Saya segera menunaikan solat asar dan berdoa agar semua anak saya ditemui," katanya.

Menurut Nor Asikin, kehilangan tiga beradik itu cukup menyedihkan kerana semua anaknya itu hasil perkahwinan dengan arwah suaminya yang meninggal dunia pada tahun 2010 akibat barah usus.

Dia bagaimanapun mempunyai dua lagi anak selepas berkahwin lain dua tahun lalu.

Sementara itu, kakak ipar Nor Asikin, Nor Azizan Hassan, 41, berkata, ketiga-tiga mangsa dipercayai bermain di sungai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka pada pukul 4 petang ini.

Menurutnya, selepas mengetahui aktiviti tiga beradik itu, dia bersama beberapa penduduk segera pergi ke sungai untuk membawa mereka pulang namun kesemua mereka hilang cuma yang ditemukan hanya selipar di tebing sungai.

"Penduduk kampung segera menelefon bomba. Ada yang terjun ke dalam sungai untuk mencari mangsa sementara menunggu pasukan penyelamat tiba," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Nasuhafahd Ahmad Mijar berkata, mayat Muhammad Syahmi ditemui penduduk kampung pada pukul 5.20 petang diikuti Muhammad Irfan Rahman dan Muhammad Zulhilmi masing-masing ditemui pukul 5.30 petang dan 5.50 petang dan dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.

Jenazah tiga beradik itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat pagi esok. -Utusan


Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

5 comments:

Mizz Aiza said...

inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.. al-fatihah untuk mereka.. :(

Farah Waheda Wahid said...

Al-Fatihah...seeloknya sebagai parents jangan bagi langsung anak2 main kat tempat bahaya...

Teacher Basariah said...

innalillahiwainnailaihirajiun...mesti sedih sangat ibu kanak2 tu..Allah ambil ketiga-tiga anak beliau sekaligus..semoga Allah berikan kekuatan buat dirinya..

Sue Bee said...

bahaya ada dimana-mana saja..lebih lagi kalau anak-anak main kat luar rumah.takziah pada keluarga terbabit.

Unknown said...

inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas ketiga kanak-kanak tersebut dan semoga Allah juga memberikan kekuatan kepada ibunya (Nur Asikin) yang telah kehilangan ketiga-tiga anak nya itu. kehilangan 3 anak ini juga telah di dahulu oleh ayah kanak2 tersebut pada 2010.

Saya terpanggil untuk memberikan sedikit komen di sini kerana berita ini terhebat di media liputan, sekurang-kurangnya dua channel TV yang menyiakan berita di samping akhbar arus perdana utama dan tidak kurang juga berita oleh para blogger. Syabas dan dan tahniah untuk semua pemberita dan bloger. Cuma ada sadikit yang saya fikir tenang ketapatan berita. Kalaulah kurang tepat itu di hasilkan oleh para blogger, mungkin boleh di terima sebab mereka adalah 'blogger'. Bagaimana kalau di hasilkan oleh wartawan yang terikat dengan kewartawanan, cuba baca berita Kosmo "Tiga adik-beradik mati lemas di Sungai Golok" ataupun melihat berita TV " Anda di sini: Laman Utama | Nasional »
Tiga beradik ditemui lemas di Sungai Golok
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/tiga-beradik-ditemui-lemas-di-sungai-golok-16616?cp"
Sebagai pengentahuan, semua akses ke sungai Golok di kawal oleh sekurang-kurangnya 2 orang askar, jadi usahkan nak pergi mandi, nak menghampiri sajapun sudah di larang, kemalangan lemas ini talah di takdirkan.
Blog ini nampaknya melapurkan berita lebih tepat dan berita berpaksikan 'Utusan' adalah lebih tepat.
tahniah untuk semua wartawan dan bloger walaupun apa-apa nawaitunya.

Ibu kepada mangsa kejadian 3 beradik itu adalah orang KEMAS. Semasa kejadian pun dia sedang menghadiri BENGKEL KEMAS. Saya ingin bertanya di manakah orang KEMAS dan UMNO selepas kejadian. Bagaimanapun ucapan setinggi penghargaan kepada ketua Bahagian UMNO Rantau Panjang "Datuk Lah" yang telah menziarahi keluarga dan menghulurkan sumbangan peribadi. Bagaimana dengan UMNO-Umno besar lain termasuk wakil dari 'Datuk-datuk'.

Mohon izin kepada Tuan Tanah serta minta laluan, kapada para blogger dan pemberita, saya ingin mencadangkan supaya dapatkan no tel keluarga mangsa (kalau ada keizinan)) dan no akaun bank dan lapurkan di dada blog mereka. Orang Malaysia memang terkenal dengan dermawan, suka bersedekah tetapi cara tersembunyi. Mungkin dengan derma/sedekah rakyat mMalaysia lain dapat meringankan sedikit kedukaan dan keresahan ibu mangsa lemas.

Jika tulisansaya ini baik adalah dari yag Maha EEsa, yang lemah adah dari saya sendiri.

Terima kasih kepada semua yang telah membaca komen ini.

Post a Comment