Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

12 Jun 2013

Subhanallah ! Wanita kudung ini menjahit mampu menjahit 5 pasang baju kurung sehari !


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Seorang warga emas berusia 63 tahun layak digelar orang kelainan upaya (OKU) istimewa kerana walaupun kudung kedua-dua tangan dan hanya mempunyai kaki kiri sejak lahir namun dia mampu menjahit lima pasang baju kurung sehari.

Fatimah Daud yang berasal dari Kampung Sungai Pinang dekat Palekbang di sini, berkata, walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda secara mengundur dan merangkak menaiki enam anak tangga rumahnya dia tetap gigih mencari rezeki halal tanpa mengharapkan ihsan orang lain.

“Setiap hari saya menjahit kerana inilah kebolehan yang boleh saya lakukan sejak 40 tahun lalu.

“Seingat saya, kebolehan menjahit ini tidak pernah dipelajari daripada sesiapa. Dulu saya pernah bekerja dengan seorang pemilik kedai berbangsa Cina di Pasir Mas tetapi terpaksa berhenti selepas menghadapi masalah kesihatan dan pengangkutan,” katanya.

Fatimah mengambil upah RM25 bagi sepasang baju kurung untuk menyara hidup. -metro
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

3 comments:

JunAina said...

Kita yang sempurna ini merungut2 bila terpaksa bekerja lebih, dia walaupun tidak sempurna tetap gigih. Malu sigh.

Mizz Aiza said...

subhanallah.. gigihnya wanita tu.. memang aiza tabik..

Farah Waheda Wahid said...

Subhanallah... Memang salute pada makcik ni la Abang Cik... kita yang sempurna ni pun belum tentu boleh buat kan? ^_^

Post a Comment