Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

17 Jun 2013

Mutakhir ! Mangsa terakhir bot karam Sg Rajang ditemui reput !


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Mayat seorang lelaki dalam keadaan reput teruk ditemui terapung di Sungai Rajang, berdekatan rumah panjang Rh. Lat, di Punan . Sama, di sini, hari ini. Tempat penemuan mayat itu adalah lebih sejam perjalanan bot dari Giam Bungan di mana bot ekspres ''Kawan Mas'' terbalik dan karam pada 28 Mei lepas. Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau berkata mangsa lemas itu memakai seluar jeans dengan tali pinggang kulit dan seluar dalam berwarna merah. Beliau berkata penumpang sebuah bot ekspres yang melalui tempat itu melihat mayat mangsa pada pukul 1 tengah hari tadi sebelum memaklumkan kepada penduduk rumah panjang di situ. Bakar berkata penduduk rumah panjang berkenaan kemudian memaklumkan penemuan itu kepada sebuah pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, RELA dan Jabatan Pertahanan Awam yang melakukan operasi harian di kawasan itu. -Yahoo.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Mizz Aiza said...

ngerinya.. kalau aiza yang jumpa mesti pengsan kot..

Post a Comment