Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

15 Jun 2013

Inilah harga SEMBELIH tiket bas ekspres baru !


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Majoriti ahli Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) tidak akan melakukan jualan awal tiket-tiket bas ekspres untuk musim Hari Raya Aidilfitri nanti sehinggalah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan hasil kajian berhubung cadangan kenaikan tambang sebanyak 30 peratus.

Presiden PMBOA, Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, keputusan untuk tidak mengadakan jualan tiket awal pada bulan Julai dan Ogos itu dicapai oleh majoriti ahlinya kerana mereka bimbang menanggung risiko kerugian.

"Kami pasti akan rugi sekiranya SPAD mengumumkan bahawa kerajaan membenarkan kenaikan 30 peratus itu setelah jualan tiket awal dilakukan.

"Justeru, cara paling baik untuk mengelakkan ahli-ahli kami menanggung kerugian adalah dengan menangguhkan jualan tiket awal berkenaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.-kosmo


Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Mizz Aiza said...

harga tiket semakin naik.. tapi kemalangan jalanraya akibat kecuaian pemandu bas pun semakin meningkat.. berbaloikah?

Post a Comment