Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

7 Apr 2012

TERKINI GAS BOCOR DI KERTEH : 24 PEKERJA SESAK NAFAS ADA YANG KATA PASAL GAS AMMONIA..


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

“Saya menjerit supaya rakan mencari kunci pintu pagar sebaik mendapati beberapa rakan pengsan,” kata Shamsul Fitri Mohamad, 21, menceritakan detik cemas kebocoran gas di tempat kerjanya di Pusat Memproses Gas (GPP) 3, di Kerteh, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, 16 pekerja kontrak dikejarkan ke Hospital Dungun manakala lapan lagi menerima rawatan di Klinik Kesihatan Paka selepas mengalami sesak nafas akibat terhidu gas terbabit yang tidak diketahui punca dan dari mana berlakunya kebocoran itu.


Mangsa, Wan Mohd Yuzairi Wan Ismail, 28, dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk menerima rawatan lanjut.

Lima lagi kakitangan terbabit iaitu Muhamad Sardjuni Abdullah, 48, Mohd Firdaus Mohd Ibrahim, 23, Mohd Zawawi Lokman, 27, Mohd Saiful Rizal Saidin, 25, dan Wan Mohd Shapawi Wan Ibrahim, 36, ditahan di wad Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

MURAH !! DAPATKAN IPHONE 4S KAT SINI CEPAT SEBELUM KEHABISAN STOK

PERCUMA TRIP TO ITALY !!RM 200,000 UNTUK ANDA CUMA GUNA MINYAK SHELL JE

Shamsul Fitri berkata, ketika kejadian, dia bersama sekumpulan 50 pekerja melakukan kerja lebih masa memasang besi perancah untuk membaiki dan membaik pulih loji terbabit jam 8 malam.


“Ketika itu saya dengar amaran kebocoran gas melalui alat walkie-talkie daripada penyelia sebelum kami berlari ke pintu utama untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di Klinik Kesihatan Paka, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, sebaik tiba di pintu pagar terbabit, suasana menjadi kelam-kabut selepas dia dan rakan mendapati pintu utama berkunci menyebabkan dia menjerit mengarahkan rakan lain mencari kunci.


“Gas busuk terbabit semakin kuat sehingga masuk dalam tekak dan tiga rakan pengsan. Keadaan itu menyebabkan saya menjerit supaya mereka segera mencari kunci pintu terbabit,” katanya.

Shamsul Fitri berkata, dia bersyukur apabila 15 minit selepas itu pintu pagar berjaya dibuka sebelum semua mereka keluar dari tapak kerja dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Paka oleh rakan yang berada di luar pintu pagar terbabit.


“Saya bersyukur kerana semua rakan yang terbabit kejadian itu selamat dan sekiranya kunci itu lambat ditemui sudah tentu kejadian lebih buruk berlaku kepada kami,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, beliau bergegas ke Hospital Dungun untuk mengetahui lebih lanjut keadaan mangsa sebaik menerima laporan yang berlaku ke atas pekerja terbabit.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment