Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

4 Apr 2012

AMAH KEMBOJA DIDERA SAMPAI MATI : SUAMI ISTERI DI TAHAN ( KEJAM)


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Polis menahan tiga pekerja sebuah kedai menjual alat pertukangan semalam berhubung kematian seorang amah warga Kemboja yang dipercayai didera majikannya di Taman Asas Murni di sini Sabtu lepas.  

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata ketiga-tiga rakyat tempatan itu yang berusia lingkungan 30-an ditahan secara berasingan di sekitar sini.  

"Selepas kita menahan pasangan suami isteri yang merupakan majikan amah berkenaan Sabtu lepas, polis menahan pula tiga pekerja itu semalam.   
MURAH !! DAPATKAN iPhone 4s kat sini

PERCUMA TRIP TO ITALY !!RM 200,000 UNTUK ANDA CUMA GUNA MINYAK SHELL JE


"Mereka merupakan pekerja kedai di tempat amah berkenaan bekerja dan kita percaya mereka tahu berhubung kejadian dera itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.  

Beliau berkata berdasarkan laporan patalogi, berat badan mangsa didapati  susut mendadak kepada 26 kilogram berbanding berat badan normalnya yang dipercayai akibat tidak diberi makan oleh majikannya.

"Disamping itu, hasil bedah siasat juga menunjukkan mangsa mengalami ulser dan usus perutnya pecah serta tersapat kesan luka dan lebam di badannya," tambahnya.  

Ayub berkata pembantu rumah berkenaan bekerja dengan majikan itu sejak September tahun lalu dan mula didera sejak beberapa bulan lepas.  

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Mey Sichan, 24, ditemui di atas katil dalam sebuah stor barang di tingkat dua premis perniagaan berkenaan.  

Dalam kes lain, polis sedang mencari seorang lelaki Bangladesh bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh isterinya, seorang warganegara Indonesia berusia 30-an pada 27 Feb lepas.  

Masud Rana yang berusia lingkungan 30-an telah menghilangkan diri selepas kejadian tersebut di Flat Taman Juru di sini.

Mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Perai ditemui mati dengan lehernya dijerut beserta beberapa kesan tikaman pada badannya.  

Ayub berkata polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan itu adalah berpunca dari perasaan cemburu.  

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Masud Rana diminta  menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Mohd Zulkefli Mohd Mukhtar di talian  04-538222 atau 012-4336999 atau mana-mana balai polis berhampran. - Bernama
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment