Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

6 Oct 2011

Pelajar Ponteng Sekolah : Tengok video lucah


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

ArauBlogger terkejut juga dengar berita pelajar ponteng sekolah kena ctangkap tengok video lucah . apa nak jadi budak - budak sekarang ni. Araublogger nak kongsi sikit petikan dari Bernama :

KANGAR, 5 Okt (Bernama) -- Enam remaja lelaki termasuk empat pelajar yang ponteng sekolah ditahan polis ketika sedang asyik menonton video lucah di sebuah premis di Pangsapuri Seri Sena dekat sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Noordin berkata mereka yang berumur antara 13 dan 17 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 11 pagi hasil maklumat orang ramai.


Beliau berkata empat pelajar itu adalah dari dua sekolah menengah di sini manakala dua lagi remaja merupakan bekas pelajar yang dibuang sekolah.


Bercakap kepada pemberita di sini, Abdul Rahman berkata polis turut merampas kira-kira 60 keping VCD lucah dan tiga motosikal.


Video-video lucah itu dipercayai dibeli dari pasar malam tertentu di sekitar negeri ini, katanya.

Mintak simpang dari Allah ...jangan jadi kat anak kita pulak . Jadikan pengajaran. 
          
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Post a Comment