Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

17 Oct 2011

Pekeliling JPA SBPA akan dikeluarkan apabila Rang Undang-undang Bajet 2012 Diluluskan


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


Banyak carian dalam internet mencari Pekeliling JPA SBPA. Di sini saya nak bagitau bahawa :

Sesuatu rang undang-undang hanya terpakai setelah diluluskan di Parlimen.Jadi bagi membolehkan JPA mengeluarkan pekeliling rasmi mengenai SBPA atau lain-lain pekeliling mereka perlu tunggu Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen terlebih dahulu.

Kat bawah ni adalah petikan dari Laman Web JPA

Pemakluman Berkenaan Pekeliling SBPA
   
14 OKTOBER 2011 
POSTED IN GENERAL
Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan mula dihebahkan di Portal JPA setelah Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen.

Baca selanjutnya untuk keterangan lanjut

Sebelum diluluskan, sesuatu rang undang-undang itu mestilah melalui tahap-tahap berikut:
i. Bacaan Pertama:
Ia dilakukan secara formal, ringkas dan tidak ada apa-apa perdebatan dibenarkan;
ii. Bacaan Kedua:
Ia dilakukan sekiranya rang undang-undang telah dicetak dan diedarkan kepada ahli dewan. Rang undang-undang akan dibincangkan secara teliti di mana ahli-ahli dewan dibenarkan membahaskan rang Undang-undang tersebut dan mereka boleh menyokong atau membangkang rang undang undang berkenaan melalui undi;
iii. Peringkat Jawatan kuasa:
Sesudah dibahas rang undang-undang dirujuk kepada suatu jawatankuasa. Rang undang-undang akan dibaca dan dibahas secara lebih terperinci.Jawatan kuasa berkenaan berhak mengubahsuai dan meminda rang undang-undang jika perlu;
iv. Bacaan Ketiga:
Bacaan ketiga ini ringkas dan perdebatan hanyalah kepada beberapa kandungannya sahaja. Kemudian dilulus dan dibawa ke Dewan Negara.Apabila sesuatu rang undang-undang itu diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen ia hendaklah diserahkan kepada YDPA untuk diperkenankan dan dalam masa tempoh 30 hari YDPA baginda hendaklah memperkenankan rang undang-undang itu.Rang undang-undang yang diperkenankan oleh YDPA akan menjadi undang-undang yang dikenali sebagai Akta Parlimen. Undang-undang ini kemudiannya akan diwartakan untuk dikuatkuasakan.

Jadi  ini bermakna kita kena tunggu rang undang-undang bagi bajet 2012 ini diluluskan terlebih dahulu,.jadi harap bersabar.Blog ni akan update nanti jika pekeliling mengenai SBPA dah keluar..
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment