Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

11 Oct 2011

Jemaah Haji Wanita yang Maut Jatuh Tingkat 9 Selamat Dikebumikan


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
ArauBlogger terkejut juga dengan berita Jemaah Haji dari Malaysia maut jatuh tingkat 9 kat akhbar tempohari. Nak buat macamana sudah ketentuan Allah . Saya nak kongsi cerita ni dengan anda semua ....layan ...

KUALA LUMPUR: Jenazah jemaah haji dari Malaysia yang meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah bangunan di Madinah, selamat dikebumikan di Perkuburan Baqi' berdekatan Masjid Nabawi, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


Jemaah wanita yang berasal dari Shah Alam dan berusia 39 tahun itu dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan dan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira 4 petang waktu tempatan kelmarin.

Jamil Khir berkata, kerajaan kini menunggu laporan lengkap siasatan daripada polis Arab Saudi berkenaan kes itu.

"Kita masih menunggu, belum dikeluarkan lagi sebarang laporan lengkap daripada pihak keselamatan dan polis Arab Saudi. Saya sudah pun menghubungi wakil kita dari Tabung Haji yang berada di Madinah yang memaklumkan bahawa kita masih menunggu laporan," katanya. 



Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Pemahaman Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini. - Bernama

 p/s:untungnya beliau kebumi kat Madinah...



Sumber dari sumber http://depalma-sp.blogspot.com
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment