Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

18 Oct 2011

KEPUTUSAN SELANGOR LWN TRENGGANU SEPARUH AKHIR PERTAMA PIALA MALAYSIA


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Assalaamualaikum....dan selamat malam , hari ini saya ingin berkongsi keputusan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Selangor dan Trengganu   0 - 2 ,Trengganu menang perlawanan semi final first leg ini . Mereka membawa bekalan selesa ke Kuala Trengganu. Kedua-dua gol dijaringkan oleh Manaf Mamat pada minit pertama dan minit 32. Manaf membuktikan kematian bapanya tidak menghalang untuk beraksi cemerlang. Gol pertama Trengganu memang memberi kelebihan psikologi kepada Trengganu manakala gol kedua terus memberi tekanan kepada Selangor. Safik Rahim mendapat peluang keemasan untuk merapatkan jurang pada minit 43 tapi tolakannya melambung manakala minit 45 Amirul Hadi dapat satu lagi peluang tapi ditampan oleh pemain Trengganu.

Trengganu bermain secara bertahan  pada separuh masa kedua dan sesekali melancarkan serangan balas, Selangor masih buntu mendapat jaringan gol. Trengganu bermain secara total football pada separuh masa kedua. Jurulatih Selangor P Maniam mengakui tugas agak berat menanti mereka di Kuala Trengganu Sabtu depan tapi peluang masih ada. Irfan Bakti pula  mengatakan ini adalah persembahan terbaik mereka di tempat lawan. Trengganu adalah pasukan pilihan ke final Piala Malaysia selepas menundukkan pasukan pilihan Kelantan di suku akhir. Lagi keputusan separuh akhir pertama Piala Malaysia adalah Negeri Sembilan lawan T-Team, 4-2 di mana Khairuddin Omar menjaringkan 2 gol . Apa pun kita tunggu Separuh akhir kedua Sabtu depan 22 Oktober 2011 jam 8 malam. Sekian.Wasallam.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment