Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

Showing posts with label Ikan Pelik. Show all posts
Showing posts with label Ikan Pelik. Show all posts

19 Feb 2012

Subhanallah! Ikan Talapia Kembar Siam


Subhanallah! Ikan Talapia Kembar Siam | Bila sebut kembar siam mesti kita fikir pasal manusia je kan? Siapa sangka ikan pun ada kembar siam. Ikan ni berusia 8 bulan dan jarang jika kembar macam ni boleh hidup. Ikan ni milik penjual akuarium di Bangkok Thailand. Kembar ikan ini amat jarang sekali ditemui berbanding ikan yang mempunyai bentuk fizikal yang pelik seperti ikan bergigi manusia, ikan bermata dua dan sebagainya. Jom lihat gambar ikan kembar dua ini.





Moral- Subhanallah! Ikan kembar ini jika dilihat dari jarak dekat seperti seolah-olah melekat di antara satu sama lain. Tetapi apa yang pastinya, ikan ini sememangnya dilahirkan dalam kembar dan disahkan hidup seperti ikan normal yang lain. Sumber  lepak.my
Baca Lagi

17 Feb 2012

Ikan Keli Gergasi Pemakan Manusia


Ikan Keli Gergasi Pemakan Manusia | Kalau sebelum ni, seekor ikan keli raksasa telah ditangkap di Sarawak (LINK), kini saya ingin menyampaikan satu lagi berita tentang seekor ikan keli yang ganas dan bersaiz gergasi yang dikatakan telah membunuh dan memakan ramai manusia. Seekor ikan keli gergasi yang dikatakan telah bermutasi ini ditangkap dan terkini, ikan keli gergasi itu telah menjadi bahan ujikaji saintis dari India dan Nepal.

Ikan keli gergasi ini atau lebih dikenali sebagai goonch oleh penduduk tempatan, telah mendapat perhatian, Jeremy Wade, pakar biologi yang sangat suka dengan ikan-ikan pelik, untuk diuji dan dikaji dan dipertontonkan kepada peminat-peminat rancangannnya. Ikan keli gergasi itu mempunyai berat sebanyak 55kg dan panjang sekitar 2 meter. Jom kita tengok gambar ikan keli gergasi ini. Menyeramkan!

Sumber melayukini.net
Baca Lagi