Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

9 Oct 2013

Moto GP Malaysia 2013 dijangka hangat


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

PERLUMBAAN Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2013 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dari Jumaat hingga Ahad ini dijangka menarik lebih ramai penonton berbanding edisi tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit Sdn. Bhd. (SIC), Datuk Razlan Razlan menjelaskan bahawa sebanyak 90 peratus daripada 80,000 tiket perlumbaan tersebut telah habis dijual setakat ini.

Justeru, Razlan yakin baki 10 peratus lagi tiket berkenaan akan dijual pada hari perlumbaan itu berlangsung iaitu pada Ahad ini.

"Penjualan tiket setakat ini telah semakin meningkat menjelang perlumbaan sebenar MotoGP Malaysia, Ahad ini.

"Tahun lepas kita lihat kehadiran penonton sekitar 77,000 orang, namun tahun ini kami telah berjaya jual 90 peratus daripada 80,000 tiket.

"Baki, 10 peratus lagi saya rasa akan dapat dijual pada hari perlumbaan tersebut nanti iaitu Ahad," jelas Razlan pada Majlis Tayangan Trofi MotoGP Malaysia 2013 yang ditaja Royal Selangor Pewter di Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir, Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Tun Mahathir dan Pengarah Eksekutif Pemasaran Royal Selangor, Chen Tien Yue.

Pada edisi tahun lalu, peminat sukan pemotoran tanah air menyaksikan pelumba kelas Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin menaiki podium sebagai naib juara di Sepang.

Pencapaian pelumba wildcard, Hafizh Syahrin Abdullah yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat dalam kelas Moto2 turut melonjakkan lagi populariti sukan pemotoran ini di Malaysia.

Namun, tahun ini Malaysia menampilkan tiga lagi pelumba dengan harapan mengulangi pencapaian bersejarah tersebut iaitu pelumba Honda Team Asia, Azlan Shah Kamaruzaman yang beraksi dalam kelas Moto2 serta dua pelumba wildcard bagi kelas Moto3, Amirul Hafiq Mohd Azmi dan Husni Aizat Abdul Malik.

"Sudah pasti harapan besar diletakkan ke atas pelumba negara kita untuk mencatat kejutan, terutamanya Zulfahmi dan Hafizh.

"Jadi, saya percaya semua peminat sukan pemotoran akan hadir memenuhi Litar Sepang untuk menyaksikan sendiri kelibat pelumba-pelumba kita dengan mata sendiri," jelas Razlan.

Mengenai peluang Zulfahmi untuk beraksi Ahad ini selepas menjalani pembedahan keretakan pada tangan kanannya, Razlan berkata: "Zulfahmi ketika ini sedang menjalani program fisioterapi dengan lebih intensif bagi memastikan dia bersedia untuk perlumbaan ini.

"Namun, semuanya bergantung kepada keadaan dan (sesi latihan bebas) Jumaat ini kita akan tahu sama ada dia boleh beraksi atau tidak."




Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment