Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

29 Dec 2013

Saja bawa huda pi taman sat , dah sampai tahap beku dok dalam rumah ni


Bawa Huda pi taman sat dah sampai tahap beku dah kepala ni termasuk aku juga , kena refresh minda sat ,ambik angin luar sat . Kasi otak mereka berkembang sikit ...
Baca Lagi

22 Dec 2013

Safee Sali nikah gadis Indonesia


Penyerang skuad bola sepak kebangsaan Mohd Safee Sali menamatkan zaman duda selepas dinikahkan dengan gadis dari Indonesia dikenali sebagai Shasha, di Indonesia pagi tadi. "Alhamdulillah. Safee telahpun selamat bernikah pagi ini. Terima kasih di atas doa kalian & sokongan yang diberikan. "Sesungguhnya, jodoh pertemuan itu semua telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Sama-samalah kita...
Baca Lagi

7 Dec 2013

Rumah paling sesuai masa banjir


JERANTUT - Seorang ibu tunggal dari Kampung Paya Garuk sanggup menghabiskan RM4,000 untuk membina sebuah rumah rakit bagi menempatkan barangan dan harta benda daripada ditenggelami air setiap kali musim banjir tiba.Hanisah Mat Sarif, 45, berkata, dia membina rumah rakit itu sejak tahun 2005 bagi persediaan awal untuk menghadapi banjir yang berlaku di kampung mereka.Menurutnya, dia yang berniaga...
Baca Lagi

5 Dec 2013

Polis cari petunjuk baru kes tiga beradik


GEORGETOWN - Selepas hampir seminggu berlalu, kes kematian tiga beradik dari Kampung Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, dekat sini, masih menjadi misteri yang tidak terungkai.Malahan sehingga kini, pihak polis juga tidak mempunyai petunjuk baru mengenai kejadian berkenaan, bagaimanapun polis tetap meneruskan siasatan dan akan mengstruktur semula kejadian bunuh itu.Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid...
Baca Lagi

1 Dec 2013

PENDEDAHAN INI MUNGKIN MENGELAKKAN PEMBACA DARIPADA DIPERDAYA


Beberapa hari selepas menukilkan entri ini, saya dihubungi oleh wanita melalui private message Facebook  dan memperkenalkan dirinya sebagai 'Elis', 26 tahun. Saya kemudian menemuinya pada jam 4 petang semalam di Kuala Lumpur. "Saya mula bekerja di agensi telemarketing, sebagai kerani pentadbiran kira-kira dua tahun lalu dan kemudian berhenti kerana agensi terbabit...
Baca Lagi

27 Nov 2013

Usia kahwin tak cecah setahun, kini cerai talak 3


< 1 / 1 > SHAH ALAM - Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.Memetik laporan Harian...
Baca Lagi

22 Nov 2013

Macau Scam akhirnya ditangkap


SEBAHAGIAN warga asing terlibat dengan sindiket penipuan Macau Scam di Melaka semalam. MELAKA - Tindakan satu sindiket Macau Scam dianggotai warga Taiwan dan China menjadikan negara ini sebagai pusat kegiatan itu terbongkar apabila 10 ahli sindiket berkenaan dicekup polis di Taman Puncak Bertam, Cheng di sini semalam. Serbuan oleh sepasukan pegawai dan...
Baca Lagi

16 Nov 2013

SPPBS : Guru tertekan , syukur jika ditambah baik


SHAH ALAM – Usaha kerajaan untuk menambah baik Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) disambut baik para guru.Capaian SPPBS akan ditangguhkan mulai 30 November hingga 31 Disember ini dan dibuka semula mulai 1 Januari hingga 31 Januari depan.Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan menyebut bahawa kementerian memandang berat isu capaian SPPBS oleh guru-guru ketika mengisi prestasi...
Baca Lagi

11 Nov 2013

Man United masih berpeluang rangkul trofi Barclays


MANCHESTER: Manchester United masih dalam pertarungan untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila berjaya mengalahkan Arsenal 1-0, awal pagi tadi. Tandukan Robin van Persie pada minit ke-27 terhadap kelab lamanya itu mencukupi untuk menolong United ke tangga kelima selepas kekalahan Manchester City dan Tottenham sebelum itu.  Kemenangan ini dikatakan paling bermakna bagi pengurus United,...
Baca Lagi

7 Nov 2013

PRIMA kini dibuka untuk pemohon rumah kedua


KUALA LUMPUR: Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan membuka permohonan kepada mereka yang sudah memiliki rumah tetapi mahukan rumah kedua di ibu negara. Peruntukan RM88 Juta Untuk Kurangkan Jurang Pendapatan Rakyat KUALA LUMPUR: Sebanyak RM88 juta telah diperuntuk bagi melaksanakan pelbagai peningkatan keupayaan dan kebolehan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dalam tempoh 2011 hingga...
Baca Lagi

5 Nov 2013

Aku dapat satu email. Boleh caya ka email ni ?!


Salam,Saya Norazah Binti Abu Bakar dan sekarang bekerja di London sebagai Pegawai Pemasaran (Marketing Officer) di sebuah syarikat pemprosesan batu permata di London.Untuk pengetahuan anda terdapat peluang perniagaan yang hendak saya perkenalkan dan keuntungannya akan diperolehi daripada kerjasama dan bantuan segera yang saya perlukan daripada anda.Saya menghubungi anda kerana saya tidak mahu...
Baca Lagi

3 Nov 2013

Huda pergi bercuti


Huda pi bercuti ikut ibu dan baba dia ke kl sana nuh . Dekat 2 minggu juga la . Tak pa la sesekali pi jalan , tapi kalau tak pi jalan pun tak la aku nak bawa pi kerja di pejabat ? . Tol tak . Sunyi sekejap rumah kalau dia tak ada , hilang kejap riuh rendah . Moga perjalanan diberkati Allah , selamat pergi dan balik ,amin ........... ...
Baca Lagi

29 Oct 2013

Love u mr arrogant


Dulu tengok cerita ni macam tak best , tapi semakin lama aku tengok semakin syok juga , dah mula beremosi , ternanti-nanti episod seterusnya. Nak solat maghrib pun kena tunggu iklan , tapi solat khusyuk lah , tak lah dok ingat cerita ni . Agaknya ending cerita ni macam mana ya ? ...
Baca Lagi

28 Oct 2013

Sepetang di taman permainan


Nampak macam nak hujan tapi tak jadi , bawa jua Jannah ke taman permainan , kasi dia release tension sikit setelah seharian di sekolah . Dulu aku selalu jogging keliling taman tapi ,tak sekarang sebab masa singkat, jam 7 dah azan maghrib , tak puas . Tengok bebudak main sudahlah..... ...
Baca Lagi

27 Oct 2013

" Happy birthday abah ! "


Hari ni dapat wish happy birthday dari anak aku Nuruljannah Aqilah, tak perasan pula hari ni aku punya besday . Waktu kecik dulu tak ada majlis pin nak raikan besday ,tapi zaman sekarang , dah serupa kenduri kawen . Esok Huda punya besday pulak , comfom mak dia beli kek , siap buat majlis , aku tumpang sekaki . Happy birthday to me..... ...
Baca Lagi

Cara hidup yang sihat ?


Hari ni pi gym sat . Sendirian saja sebab Jannah pi tuition english , seminggu sekali saja sekarang ni sbb x sempat . Oklah tu sbb saya dah tak makan dah waktu malam . Dulu senaman hari hari tapi , malam makan nasi siap tambah lagi , kekadang makanan anak tak habis aku yang habiskan hehe. Camna nak turun berat badan ? Tapi sekarang ni aku dah ubah diet , makan sebelum pukul 7 malam , kalau lapar...
Baca Lagi

Tak sangka Kelantan menang ....


Malam tu aku tengok bola Kelantan vs Atm setakat first half je sbb ada kerja , ATM dah leading 2-0, malas dah aku nak tengok. Ingatkan komfom Kelantan kalah , rupanya dalam 10 minit terakhir mereka jaringkan 2 gol , syabas TRW, see u in final ........lawan Pahang nanti . ...
Baca Lagi

Bihun sup Simpang Empat Perlis terbaik


Balik dari Penang terus makan bihun sup di Pekan Simpang Empat , peeergh mmg terbaik , nak sup apa semua ada ,sup lidah, perut kelempong ? semua ada ,harga?  Biasa -biasa ja ...n ...
Baca Lagi

Makan kenduri di Penang


Bertolak pagi tadi dalam kol 11 ke Penang , Sg Dua nama tempat tu , besar juga kenduri tu , kawan wife punya pak cik tu, besarnya kenduri. Rumah Dato Seri tu , mmg besar kenduri tu VVIP semua datang . Sesekali jalan Penang , syok juga hehe ...
Baca Lagi

21 Oct 2013

Ajar awal pakai telekong ,bukan apa nak biasakan diri


Cantik tak ? Saja nak biasakan dia pakai telekong , nanti nak ajar solat pulak . Ni telekong kakak dia ,pinjam sat no ,setahun lagi nak kena hantar pi taska dah . Tapi dia ni kepala angin sikit , kekadang mood tak baik siap kita . Seminggu lagi genap 3 tahun umur dia , nak kena bawa pi  klinik untuk cek 3 tahun .  ...
Baca Lagi

20 Oct 2013

Brother gym and fitness centre


Boleh tahan juga gym ni , rm5 sekali masuk , kalau nak banding dgn depan maybank tu , rm10 sekali masuk , mau botak kepala mcm ni , aku bagi rating 8/10. Tapi yg ni pemiliknya melayu , yg kat tokong tu pemiliknya cina , datang dari kl katanya . Tapi mahal beb , kalau nak ambik pakej bulan seribu lebih kena bayar . Kat sini peralatan dijaga dgn baik , tak mcm halily gym , treadmill pun manyak 8 biji...
Baca Lagi

19 Oct 2013

Smart reader terbaik ?


Jannah dah nak masuk darjah satu jadi supaya tak kasi dia JAKUN sangat bila nak 'speaking' dengan cikgu english nanti , so far ' yes no oraiit thank you ' tak ada masalah la , yg lain belum lagi ,baru nak mula kenal perkataan english . Kelas dia pada hari ahad mula jam 8.30 sampai 11:30 , time tu sempai lagi aku nak melepak di gym kat area kangar ni . Dia akan rehat jam 10  , makan bekalan yg...
Baca Lagi

Huda dan sepupu dia .....Amirul Mustaqim....


Raya hari tu, di rumah tok teh, main la dgn sepupu dia amirul mustaqim , 8 bulan , huda 3 tahun , nampak macam sama besar saja walaupun beza umur dekat 2 tahun lebih kan ?. Cuma akal je belum sempurna lagi , itu yang bezanya ,dan .....orang tak kenal komfom tarik muka ......lepas tu waaaaaaa ...
Baca Lagi

18 Oct 2013

Ini nak bergambar ke nak tembak ni ?


Ini gambar sewaktu hari raya haji , nak pi rumah tok wan pa , nak bergambar dulu ,tapi dua-dua nak dok depan , si kakak tu mcm nak kenyit ja , yang si adik asyik nak wat peace je . Tiga hari makan daging woo, panas badan woo , ada sorang staff kat tempat keje aku masuk wad hari ni , tak tau kenapa silap makan ka ? ...
Baca Lagi

15 Oct 2013

Derita Ubat Jahanam !!


Shah Alam: “Ubat jahanam tu hancurkan hidup saya,” kata mangsa ubat perangsang seks tiruan hanya mahu dikenali sebagai Mokhsin, 52, yang kini terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu akibat kesan ubat berkenaan. Menurut ahli perniagaan yang menggunakan ‘ubat kuat’ dibeli melalui laman web di Internet itu, dia membeli ubat berkenaan selepas berkahwin dengan isterinya berusia 26 tahun...
Baca Lagi

10 Oct 2013

Tak sengaja langgar anak sendiri


KUALA TERENGGANU – Luluh hati satu pasangan suami isteri apabila anak kecil mereka yang baru hendak bertatih ditemui mati berlumuran darah selepas dilanggar secara tidak sengaja oleh ibunya ketika sedang mengundurkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di Jalan Ibrahim, Bukit Besar dekat sini semalam. Kejadian pukul 7.15 pagi itu mengakibatkan anak bongsu daripada enam beradik, Muhammad...
Baca Lagi