

Penyanyi popular negara yang mula mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna mengesahkan trofi Lagu Terbaik yang dimenanginya pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 dua minggu lalu ditarik balik.
Beliau yang merangkul trofi berkenaan menerusi lagu Penakut mengakui perkara itu menerusi laman Twitternya, semalam.
Sebaliknya, Lagu Pop Terbaik yang turut menyenaraikan lagu Penakut, dimenangi Sedetik Lebih, ciptaan Edry Abdul Halim. Lagu tema Hikayat Merong Mahawangsa itu dinyanyikan Anuar Zain.
Sementara itu, Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Penganjur AIM18, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan RIM, Rosmin Hashim ketika dihubungi berkata, penjelasan mengenai perkara itu akan diberikan pada sidang media khas petang ini.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
No comments:
Post a Comment