Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

Showing posts with label dato siti nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label dato siti nurhaliza. Show all posts

4 Feb 2012

Gabungan Istimewa Siti Nurhaliza, Rabbani


 Gabungan Istimewa Siti Nurhaliza, Rabbani |


KUALA LUMPUR, 24 JANUARI 2012: Konsert percuma, Muhammad Al-Ameen yang bakal diadakan di Dataran Tamadun Islam, Kuala Terengganu, sempena sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah, disifatkan cukup istimewa kerana menggabungkan dua ikon popular industri hiburan tempatan iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Rabbani.

Menurut salah seorang anggota kumpulan Rabbani, Azadan Abd Aziz, berkata, konsert berkenaan amat istimewa kerana merupakan gabungan penganjuran Rabbani Productions Sdn Bhd bersama Siti Nurhaliza Production (SNP) yang telah sekian lama dirancang dan akhirnya terlaksana.

"Sebelum ini kami pernah bergabung dengan Siti Nurhaliza tetapi sebagai artis undangan sahaja. Kali ini, kami berpeluang menganjurkan bersama-sama konsert percuma ini khusus sempena sambutan Maulidur Rasul," katanya kepada portal murai.com.my

Menyambung perbualan kata Azadan, lebih istimewa lagi, penonton yang hadir berpeluang mendengar lagu duet terbaru antara mereka bersama Siti Nurhaliza berjudul Muhammad Al-Ameen.

"Untuk konsert tersebut nanti, penonton akan disajikan dengan persembahan penceritaan berbentuk gurindam dan syair oleh Siti sendiri. Malah kepada yang hadir mereka berpeluang mendengar lagu duet terbaru kami berjudul Muhammad Al-Ameen.

"Selain itu, beberapa artis popular seperti Amy Search, Najwa Latif dan Sabri Yunus juga bakal tampil mengadakan persembahan," jelasnya.

Selain acara konsert, turut diadakan karnival selama tiga hari bermula pada 3 hingga 5 Februari ini. Malah turut diadakan secara ekslusif, Malam Gala Eksklusif
Bersama Dato' Siti Nurhaliza dan Rabbani.Untuk acara ini, para peminat boleh mendapatkan tiket pada harga RM175, RM275 dan RM500. Sumber  murai.com.my
Baca Lagi

Siti Nurhaliza Di Konsert Sinar Maulidur Rasul


Siti Nurhaliza Di Konsert Sinar Maulidur Rasul | Penyanyi terkemuka tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza akan muncul pada Konsert Sinar Maulidurrasul, “Muhammad Al-Ameen” di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pada 4 Februari ini.


Bersempena meraikan keputeraan baginda Muhammad S.A.W, konsert berunsurkan kerohanian ini turut membariskan beberapa nama besar lain seperti Najwa Latif, Rabbani, Amy Search dan juga Sabri Yunus.

Tentunya kemunculan Dato’ Siti Nurhaliza dinantikan para peminat beliau setelah kian lama tidak tampil membuat persembahan di khalayak ramai.

Konsert percuma yang diadakan bersempena Karnival Sinar Maulidurrasul “Muhammad Al Ameen” ini dijangka akan bermula selepas Isyak, sekitar jam 8.45 malam.

Konsert yang merupakan anjuran bersama Siti Nurhaliza Productions (SNP) dan Rabbani Productions ini bukan sahaja menampilkan persembahan berbentuk nyanyian sahaja. GUA dikhabarkan interpretasi kasih sayang penyanyi-penyanyi ini terhadap Rasulullah SAW yang tercinta juga akan ditampilkan menerusi alunan syair dan gurindam.

Semestinya, kelunakan suara Dato’  Siti Nurhaliza apabila mengalunkan irama sebegini rupa amatlah dinantikan. Lihat sahaja gemersik suara Siti dalam album kerohanian beliau, Tahajjud Cinta yang sememangnya memukau. Jadi orang Terengganu khususnya marilah bersama memeriahkan konsert ini! Sumber  www.gua.com.my
Baca Lagi