Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

Showing posts with label Yusry-Lisa Nikah. Show all posts
Showing posts with label Yusry-Lisa Nikah. Show all posts

26 Dec 2011

Yusry-Lisa Nikah 23 Februari



Setelah lama berteka-teki, akhirnya pasangan selebriti popular, Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani mengumumkan perkhabaran bahawa mereka akan disatukan di majlis pernikahan yang akan diadakan pada 23 Februari 2012 bertempat di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya. Seterusnya majlis resepsi pula akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari 2012.

 Berita ini diumumkan di sidang media yang berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya pagi tadi. Majlis istimewa yang berlangsung santai ini turut dihadiri oleh ibu bapa kedua-dua belah pihak.

Tahniah MH ucapkan kepada Yusry dan Lisa di atas berita gembira ini. Semoga majlis yang dirancang akan berjalan lancar. Jangan lupa dapatkan majalah Media Hiburan akan datang untuk mengetahui lebih lanjut kisah disebalik pengumuman istimewa ini. 

Baca Lagi