Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

Showing posts with label Pekeliling SBPA. Show all posts
Showing posts with label Pekeliling SBPA. Show all posts

5 Dec 2011

Pekeliling SBPA tak keluar 5 Nov 2011


Ribuan maaf saya mohon kepada anda sekalian sebab kata pekeliling SBPA keluar 5 Nov 2011.Hari 5 Nov 2011 saya cek dalam web JPA tak keluar pun . Yang ada cuma petikan ni ...



Makluman SBPA

Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditempatkan dan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti.

Dalam tempoh ini, tumpuan utama penyampaian laman ini adalah ke atas penyebaran Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang merangkumi perkhidmatan Perjawatan Awam Umum, Guru dan PDRM.

Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

Jabatan Perkhidmatan Awam
02 Disember 2011
Putrajaya


Tunggu la ye Pekeliling SBPA akan keluar juga pertengahan Disember 2011 agaknye..
Baca Lagi

1 Dec 2011

Pekeliling SBPA Senarai Laman Web Terlibat Dalam Hebahan




Saya sekadar ingin berkongsi dengan anda semua,pekeliling SBPA akan diumumkan tak lama lagi,pekeliling mengenai SBPA  ini akan dihebahkan secara serentak menerusi portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan portal-portal atau laman web berikut:-Buat masa ni,URL ke laman web masih belum aktif. Kemungkinan akan keluar pada 5 Disember 2011. Sama-sama kita tunggu betul ke tak , saya pun agak-agak saja....
Baca Lagi

29 Nov 2011

Pekeliling SBPA Dijangka Keluar 5 Disember 2011


Ada sedikit info terbaru mengenai SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam)..info ni saya dapati di CG…Bila Pekeliling SBPA ni keluar?..ok,mengikut maklumat yang diberikan, Pekeliling  SBPA dijangka keluar pada 5 Disember 2011..jadi di bawah ada sedikit info mengenai SBPA ni..apepun tunggu pekeliling rasmi SBPA nanti.
1. Opsyen ditawarkan dalam tempoh 15 hari (16 Disember – 31 Disember 2012).

2. Berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.

3. Penilaian Markah Penjawat Awam
markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam, secara kasar akan di nilai seperti berikut
a. Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
b. Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
c. Markah 75 % – tiada kenaikan
d. Markah 70 % – di syorkan tamat perkhidmatan

Bayangkan jika gaji RM 3k..dpt LNPT 95% : 3k x 15% = KENAIKAN

Jadi,mungkin budaya bodek membodek akan ketara..

4.Pengurangan pengambilan jawatan baru.

5. Dasar baru bagi Penjawat Awam yang memiliki kemahiran tetapi tidak dapat berkembang di jawatan asal. Contoh PDRM: (Pegawai Pangkat ASP yang ada kemahiran mengendalikan kapal terbang.akan diberikan gaji setaraf DSP) – Bagus untuk mereka yang mempunyai kemahiran.

6. Cth:-Gaji permulaan N17 SSM RM870.38, dan apabila menerima opsyen SBPA kelak maka gaji adalah P1 RM 955 dan jadual gaji sebaris adalah sehingga T18. Bermakna pelarasan gaji sebanyak RM135.

7. Bagi mereka yang menolak SBPA, mereka akan dikekalkan dibawah SSM, menerima gaji SSM dan dasar kenaikan pangkat (N17 perlu 15 tahun untuk ke Gred N22) adalah digunapakai seperti mana biasa.

8. PDRM banyak mendapat pelarasan,,contoh:KONST dari gaji basic 8++ akan mendapat sehingga 1+++ untuk T1.

9. JPA akan meneruskan pada tahun 2013 dengan menyemak kadar imbuhan dan elaun sedia ada. Samada elaun akan dimansuhkan, ditambah baik, Bajet untuk SBPA adalah melibatkan sebanyak RM 3 bilion.

10. Tempoh pengesahan dalam perkhidmatan lebih singkat @ 6 bulan.(Lebih Kurang Swasta)

11. Pergerakan Gaji Tahunan macam biasa (bln 1,4,8,12) tetapi dalam sistem gaji sebaris..akan ada sistem “bracketting” -

Apepun ini adalah sedikit perkongsian untuk pembaca semua,sejauh mana kebenaran mengenai Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam ni..kita tunggu nanti ok.....
Baca Lagi

21 Nov 2011

Pemakluman Awal Penempatan Dan Hebahan Serentak Pekeliling SBPA Di Portal/Laman Web JPA, MAMPU Dan Semua Kementerian


Hari saya terbaca dari laman web JPA pasal SBPA perkara kat bawah, dok tunggu pekeliling keluar ni ,tak sabar ni nak tahu tentang kenaikan gaji ni , layan dulu petikan kat bawah :



"Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditempatkan dan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti.

Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan  capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan."

Sape nak tengok pekeliling ni boleh laman web kementerian masing2.
Baca Lagi