Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

Showing posts with label Binatang. Show all posts
Showing posts with label Binatang. Show all posts

20 Feb 2012

Aksi Lucu Memerang Kelihatan Seperti Berdoa Supaya Dapat Ikan


Aksi Lucu Memerang Kelihatan Seperti  Berdoa Supaya Dapat Ikan | Cuba perhatikan aksi memerang ini. Dia tampak seperti sedang berdoa dengan kepala yang mendongak ke atas. Sungguh menghiburkan.


Gambar ini diambil oleh jurugambar Marac Andrev Kolodzinski yang menghabiskan masa selama dua jam di Zoo Whipsnade, Dunstable, Bedfordshire, England. Semua demi merakam saat yang menarik itu.

Marac mengaku sudah menjadi jurugambar lebih dari 20 tahun. Namun, baru kali ini beliau mendapatkan gambar yang sangat menarik seperti itu.

Untuk mendapatkan gambar berkenaan, Marac mengawasi binatang itu secara berterusan dan menunggu masa yang tepat. ” Saya harus sembunyi untuk satu masa yang lama untuk mendapatkan gambar tersebut,” kata Marac.

p/s : Andai memerang ini boleh bercakap , apa agaknya doa dia tu !!
Sumber harian-metro-online.com
Baca Lagi

19 Feb 2012

Lepas nafsu kencing muka isteri


Lepas nafsu kencing muka isteri |

KANGAR: Tidak tahan dilayan suami seperti binatang setiap kali melakukan hubungan kelamin sejak lima tahun lalu, seorang isteri nekad lari dari rumah dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Kedah, kelmarin.

Dalam laporannya, wanita berusia 38 tahun itu mendakwa suaminya sering melakukan ritual jijik apabila bukan saja suka meliwatnya, malah akan kencing ke mukanya selepas setiap kali mereka bersama.

Mangsa dan suaminya yang berusia 43 tahun berkahwin hampir 20 tahun lalu serta dikurniakan tiga anak tinggal di Bintong, di sini, sejak beberapa tahun lalu.

Pada awal perkahwinan mereka melayari bahtera rumah tangga secara normal, namun selepas menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita lima tahun lalu, dia mula meliwat dan kencing ke muka isterinya setiap kali bersama. Kali terakhir dia melakukan perbuatan itu pada 15 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mangsa juga mendakwa suaminya mudah naik angin dan memukulnya jika keinginannya untuk melakukan amalan seks keji itu tidak dituruti.

p/s : Jangan percaya benda-benda syirik yang boleh menjauhkan kita radi mengingati Allah !!
Baca Lagi