Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

Showing posts with label Bayaran BR1M bermula 15 Jan 2012. Show all posts
Showing posts with label Bayaran BR1M bermula 15 Jan 2012. Show all posts

2 Feb 2012

Semakan Status Keputusan Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)



Semakan Status Keputusan Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)  |
 Keputusan samada layak atau tidak akan diketahui oleh pemohon melalui pos. Pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan.Pemohon juga boleh buat semakan status keputusan permohonan BR1M di talian berikut:-

TALIAN HOTLINE SEMAKAN STATUSKEPUTUSAN PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)

Talian Hotline:- 1-800-222-500/1-300-88-3010


Bagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my    Sumber dari nescafeais.com
Baca Lagi

13 Jan 2012

Bayaran BR1M bermula 15 Jan 2012


Bayaran BR1M bermula 15 Jan 2012

KUALA LUMPUR - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari ini dalam bentuk baucar tunai, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.


Ahmad Husni berkata, majlis penyerahan baucar kepada pemohon yang berjaya akan diadakan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara.

"Ini bagi memastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar agar tiada keciciran kepada pemohon yang layak menerima bantuan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut beliau, semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos.

"Dalam tempoh itu, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan," jelas beliau.

Katanya, pemohon juga boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500 atau 1-300-88-3010 mulai 16 Januari ini.-kosmo

Tahniah kepada penerima BR1M!!
Baca Lagi