Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

24 Mar 2012

(TERKINI KES BUNUH ZARA) 4 PELAJAR TERMASUK BOYFRIEND DIDAKWA



PETALING JAYA – Kekasih kepada seorang pensyarah kolej swasta yang ditemui mati dibunuh bersama bapanya di Puchong dua minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam bersama tiga lagi rakannya atas dua tuduhan membunuh.

Tertuduh Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20, dan tiga lagi rakan, Mohamad Sharafee Matt Noh, 19, Azizi Aizat Ibrahim, 20, dan Muhamad Safwan Muhamad, 20, kelihatan tenang dan hanya menjawab mereka faham, semasa ditanya berhubung tuduhan tersebut.

Namun tiada pengakuan direkodkan oleh kesemua tertuduh yang merupakan pelajar di kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics di Cheras, Kuala Lumpur tempat mangsa mengajar.

Mereka didakwa membunuh Zara Eleena Omar Peter, 23, juga orang kelainan upaya (OKU) di rumah No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara Puchong antara pukul 1.30 pagi dan pukul 2.30 pagi, 9 Mac lalu.

Bagi tuduhan kedua, mereka didakwa membunuh bapa Zara, Omar Peter Abdullah, 57, di antara pukul 11.30 malam, 8 Mac lalu hingga pukul 1.30 pagi, 9 Mac lalu di rumah sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aifaa Che Abdullah mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid menetapkan 23 April depan untuk sebutan semula kes itu bagi menunggu laporan bedah siasat serta untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.

Tiada jaminan ditawarkan dan kesemua tertuduh ditahan di Penjara Sungai Buloh sementara menunggu kes dibicarakan.

Ahli keluarga mangsa dan juga kesemua tertuduh tidak kelihatan di mahkamah semalam.-KOSMO
Baca Lagi

16 Mar 2012

( GEMPAR) CUAI JAGA ANAK BOLAH DIDAKWA BAWAH AKTA KANAK-KANAK



KUALA LUMPUR — Ibu bapa yang didapati cuai dalam tanggungjawabnya menjaga keselamatan anak-anak mereka hingga menyebabkan kanak-kanak itu hilang, boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata, di bawah akta tersebut, kementerian itu dan pihak berwajib diberikan kuasa untuk mengambil tindakan ke atas ibu bapa yang cuai.

Beliau berkata, sudah sampai masanya para ibu bapa mengambil iktibar daripada tragedi yang menimpa adik Nurul Nadirah Abdullah@Dirang agar tidak ada lagi kanak-kanak lain yang terus menjadi mangsa kepada kekejaman individu yang tidak berperikemanusiaan.

"Saya sebenarnya bersetuju dengan gesaan dan pandangan yang diberikan oleh segelintir rakyat awam yang merasakan sudah sampai masanya tindakan undang-undang diambil terhadap ibu bapa yang cuai menjaga anak-anak mereka.

"Untuk itu, saya akan mengesyorkan cadangan ini kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mendalami perkara tersebut dengan pihak-pihak berkaitan sebelum tindakan susulan diambil,” katanya ketika ditemu ramah dalam program Dalam Radar terbitan Bernama Radio24 semalam.

Seai Kie turut menggesa semua ibu bapa mengikis sikap acuh tak acuh terhadap keselamatan anak-anak mereka.

Beliau berkata, tanggungjawab ibu bapa bukan sekadar membesarkan anak-anak dengan menyediakan makan minum dan tempat berteduh, tetapi juga meliputi memberikan perlindungan kepada mereka. — BERNAMA
Baca Lagi

9 Mar 2012

IKLAN PEMBUNUH UPAHAN DI WEB SUSPEK DITAHAN



JAKARTA – Polis Indonesia hari ini menangkap seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam penyediaan iklan perkhidmatan pembunuh upahan di laman web, yang sejak akhir-akhir ini menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.

Suspek berusia 30 tahun itu ditangkap di Jakarta Timur pagi ini dan telah di bawa ke ibu pejabat polis kontinjen Jawa Barat, di Bandung untuk siasatan lanjut.

Melalui suspek itu, polis berharap dapat mengetahui dengan lebih jelas motif iklan-iklan itu, yang sebahagian daripadanya dikatakan telah wujud sejak tahun 2008.

Media tempatan sejak beberapa hari ini melaporkan mengenai laman web dan laman blog yang menawarkan perkhidmatan pembunuh upahan.

Antara lainnya iklan itu menyatakan bahawa pembunuhan berbayar itu boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara seperti tembakan dengan senjata tetapi kelihatan seperti kes rompakan, menggunakan racun tetapi sebab kematiannya mirip kepada serangan jantung atau pembunuhan melalui kemalangan jalan raya. – BERNAMA
Baca Lagi

5 Mar 2012

PENGAMAL SUSUK TAUBAT TENGOK CARA RAKAN YANG PAKAI SUSUK MATI



KUALA TERENGGANU: Melihat rakan karib mati dalam keadaan ngeri apabila wajah berubah hodoh dengan kulit seolah-olah hangus akibat memakai susuk, seorang wanita insaf dan nekad membuang susuk dipakainya lebih 20 tahun.

Wanita berusia 48 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hayati berkata, kematian sahabatnya menginsafkannya menyebabkan dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan kerana tidak sanggup mengalami nasib serupa.

“Bagaimanapun, bukan senang untuk membuang pelbagai susuk yang lebih 20 tahun tertanam di beberapa anggota tubuh kerana prosesnya amat menyeksakan.
“Saya terpaksa berendam seminggu dalam kubang kerbau dengan bantuan bomoh yang membuang debu-debu susuk di dalam tubuh.

“Sepanjang seminggu itu, makanan dihantar bomoh berkenaan kerana kubang kerbau tempat saya berendam jauh daripada orang ramai,” katanya yang sedia berkongsi keterlanjuran silamnya sebagai iktibar kepada masyarakat.

Hayati berkata, dia mula memakai susuk ketika berusia 25 tahun berikutan ingin kelihatan cantik supaya kedai makan diusahakannya menarik pelanggan.

Harian Metro
Baca Lagi

2 Mar 2012

Gambar Anak Mawi dan Ekin Cahaya Malaika


Gambar Anak Mawi dan Ekin Cahaya Malaika | Akhirnya setelak lama menungu dapat juga tengok gambar naka Mawi dan Ekin.  Tengok  gambar kat sini ...



Bayi seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan pada jam 4 pagi Selasa lalu di Hospital An-Nur, Bangi, Selangor.

“Jujurnya, saya berasa amat teruja menanti kehadiran cahaya mata pertama ini, namun debaran saya terbalas apabila mendakapnya. Saya pasti akan menjaga dan mendidik anak sulung saya ini sebaiknya. Saya dan Ekin akan membahasakan diri kami Abi dan Ummi,” kata Mawi dalam kenyataan yang dikeluarkan Astro, hari ini.- sinarharian

p/s : Makin berseri rumahtangga Mawi dan Ekin dengan kehadiran cahaya mata sulung ni
Baca Lagi

Tol Lebuhraya Cheras-Kajang Mansuh



Berita baik untuk warga KL Lembah Kelang dan Selangor , tol lebuhraya Cheras-Kajang mansuh. Boleh jimat le perbelanjaan bagi orang yang berulang  Cheras-Kajang-KL .

Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, berkuatkuasa tengah malam ini.

Perdana Menteri berkata, keputusan kerajaan itu akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus, atau pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala.

"Ini adalah usaha dan perjuangan kerajaan Barisan Nasional sejak 2009 lagi dan hari ini kerajaan jadikan kenyataan," katanya pada majlis pecah tanah projek Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Bandar Sungai Long di sini.

Perdana Menteri berkata ia juga adalah merupakan janji yang pernah diungkapkan pada 21 Ogos 2011 supaya Jabatan Kerja Raya (JKR) mengkaji kadar tol di lebuh raya itu untuk meringankan beban pengguna.

Beliau berkata, sekarang terbukti kerajaan Barisan Nasional (BN) bukanlah kerajaan yang sekadar memberi janji kosong, termasuklah pembangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) di Hulu Langat yang keperluan sekolah itu disuarakan pada lawatan beliau ke kawasan itu tahun lepas.

Pada awalnya pembinaan sekolah itu adalah untuk sekolah kebangsaan tetapi memandangkan keperluan yang lebih mendesak untuk majoriti kaum Cina di kawasan tersebut maka kerajaan bersetuju untuk membina sekolah Cina, katanya.

"Jangan pula nanti pihak pembangkang mainkan isu kononnya merekalah yang memperjuangkan usaha pembinaan sekolah tersebut dan nak jadi juara.

"Apa yang rakyat hendak lihat ialah pembinaan sekolah menjadi kenyataan, bukan kain rentang tanda bantahan. Mungkin lambat sikit tetapi yang penting apa yang dijanjikan ditunaikan bak kata pepatah "biar lambat asal selamat".

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan RM4.5 juta untuk membiayai sebahagian kos pembinaan sekolah berkenaan.

Sekolah itu akan dibina di tanah seluas 2.4 hektar. Ia mempunyai 36 buah bilik darjah untuk kemudahan 1,500 murid di kawasan berkenaan.

Najib menjelaskan bukan mudah untuk memutuskan mengenai pembinaan sekolah tersebut memandangkan kesukaran mendapatkan tapak, disebabkan itu kerajaan bersetuju untuk membina SRJK (C) itu di tanah bernilai RM20 juta.

"Jika pembangkang bising bagilah tapak yang lain, kenapa tak bagi tapak lain sedangkan mereka ada kuasa untuk luluskan tapak lain, mereka tak bagi tapi mereka buat bising, kononnya mereka yang memperjuangkan kepentingan masyarakat di situ," katanya sambil diiringi tepukan gemuruh orang ramai yang hadir.

Beliau menegaskan soal pendidikan bukanlah perkara yang boleh diambil mudah dan dipolitikkan, hakikatnya mesti mencari jalan penyelesaian, yang mana hari ini terbukti kerajaan BN mampu membawa penyelesaian kepada masyarakat Cina di kawasan berkenaan.

"Jika ada kelemahan tertentu, kita bersedia mendengar suara rakyat, saya tidak takut dan saya kata kalau tidak betul InsyaAllah kita akan betulkan tetapi jangan ada pihak menidakkan jasa yang terbesar selama ini ialah jasa yang dibawa kerajaan BN," katanya.-mstar

p/s : Tol mansuh jangan minyak naik sudah le lepas ni .
Baca Lagi

1 Mar 2012

GAMBAR BAYI TAHUN LOMPAT 2012


GAMBAR BAYI TAHUN LOMPAT 2012 |  Berikut adalah gambar bayi tahun lompat 2012, comel kan  !!  Nanti mereka akan sambut birthday empat tahun sekali.

Tidak pernah merasa menjadi anak tahun lompat, namun siapa sangka melahirkan bayi pada tanggal istimewa itu, semalam sebenarnya turut menyuntik perasaan gembira dan merasa diri cukup bertuah.

Eksekutif Kewangan, Catherine Chin Derosani Atu Lolong, 28, melahirkan bayi sulung perempuan pada tanggal 29 Februari semalam berkata, saat melahirkan itu adalah pengalaman yang tidak akan dilupakannya berikutan dia sudah bertarung nyawa untuk melahirkan bayinya pada malam sebelumnya lagi.


“Saya sudah dimasukkan ke bilik bersalin pada malam Selasa, namun kerana kesukaran melahirkan secara normal, doktor memutuskan untuk menjalankan pembedahan secara Caesarean dan akhirnya dia lahir tiga minit selepas 12 tengah malam (0003) dengan berat 3.82 kilogram.

“Saya dan suami, Chan Chee Kean, 32, memang tak sangka dia ‘menunggu’ untuk dilahirkan pada tanggal 29 Februari, tahun lompat, kerana kami harap dia lahir pada 28 Februari. Apapun, kami gembira dan dia kini sangat istimewa,” katanya di temui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini semalam.


Bagi guru, Zaharah Nawi, 32, dia sukar menggambarkan perasaannya apabila selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 5.15 pagi semalam sedangkan tarikh anaknya dijangka dilahirkan pada 4 Mac depan.


“Saya memang tidak sangka akan lahirkan anak kedua hari ini (semalam). Memang tak ada tanda-tanda nak bersalin, malah hari sebelumnya saya juga masih bekerja dan pulang ke rumah di Shah Alam sekitar 6.30 petang.

“Cuma pada malam, tiba-tiba sakit semacam dan suami, Aidil Saifan Abu Bakar, 35, terus membawa saya ke hospital dan bayi kami ini akhirnya selamat dilahirkan pagi tadi secara normal dengan berat 2.90 kilogram.


“Harapnya, dia menjadi anak yang membawa tuah kepada keluarga kami kerana kelahirannya pada tanggal yang cukup istimewa, malah sambutan hari jadinya juga setiap empat tahun sekali,” katanya.

Sementara itu, Syarifah Nurul Idayu Syed Jaafar, 24, seorang jururawat, menganggap anak sulung perempuannya yang baru melihat dunia semalam, ‘memang’ mahu dilahirkan pada tahun lompat berikutan tarikh jangkaan bersalin yang ditetapkan doktor padanya adalah 11 Mac depan. Katanya, bayi perempuan itu yang dilahirkan pada jam 7.23 pagi secara normal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak banyak meragam sejak dalam kandungan lagi, malah proses kelahirannya berjalan dengan baik sehingga dia sendiri rasa terkejut kerana kini sudah beranak.


“Tak ada dalam sejarah keluarga saya mahupun suami yang lahir pada tahun lompat, tetapi apabila anak yang kami namakan Siti Zulaikha Nor Hashim lahir hari ini (semalam), memanglah buatkan perasaan bercampur baur,” katanya -harian metro
Baca Lagi

Semak Keputusan STPM Online



Semak Keputusan STPM Online . Keputusan STPM akan diumum Rabu depan 7 Mac 2011. Majlis Peperiksaan Malaysia umumkan calon boleh semak keputusan mulai 12 tengahari di sekolah masing-masing.

Boleh disemak juga melalui SMS , caranya taip STPM NOIC  hantar ke 15888.Boleh juga semak online melalui www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengahari .

-harian metro
Baca Lagi

( SERAM ) CERITA MISTERI MISTIK DI LOKASI FILEM BUNOHAN


 ( SERAM ) CERITA MISTERI MISTIK DI LOKASI FILEM BUNOHAN  |  Filem Bunohan akan mula ditayangkan di seluruh negara pada 8 Mac 2012. Ia merupakan filem yang dinantikan oleh peminat filen seram seluruh negara.

Filem yang dibarisi oleh para pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Bront Palarae, Amerul Affendi, Nam Ron dan Husairi Hussien ini diarahkan oleh Dain Said yang juga merupakan pengarah filem  kontroversi ‘Dukun’ suatu ketika dulu.


Gambar atas adalah rumah yang menjadi rebutan orang bunian

Seperti filem ‘Dukun’ yang tidak lekang dengan kisah-kisah misteri, filem 'Bunohan’ ini juga menyimpan beberapa kisah mistik di sepanjang pembikinannya.

Perkara ini diakui dan dikongsi oleh dua pelakonnya Zahiril Adzim dan Amerul Affendi pada satu pertemuan. Ternyata banyak cerita mistiknya melanda penggambaran filem kedua arahan Dain Said ini.

“Filem ini paling mencabar di sepanjang karier saya sebagai seorang pelakon. Sebab saya terpaksa berhadapan dengan banyak set penggambaran yang mempunyai seribu kisah mistik. Sangat menakutkan, tapi saya anggap ini sebuah cabaran,” ujar Zahiril Adzim, sebaik ditanya tentang pengalamannya.

Amerul Affendi ketika menceritakan sebuah kejadian di salah satu lokasi berhampiran tasik hijau di Setiu, kelihatan agak resah apabila cuba mengimbas kembali detik penggambaran yang dilaluinya.
“Tasik tu memang banyak mistik. Masa tiga orang krew membina pondok untuk tujuan shooting scene  saya, Zahiril dan Nam Ron, ada budak kecil yang datang entah dari mana dan berbual dengan mereka tentang hal-hal ghaib di kawasan tu.

Katanya, dah banyak orang yang mati dekat situ. Kemudian bila hampir Maghrib,budak tu masuk ke dalam tasik dan hilang,” cerita Amerul dengan penuh berhati-hati.


“Tapi yang paling cemas, masa hari shooting. Masa tu seorang sahabat saya yang juga bertugas sebagai koreografer bagi aksi Lawi Ayam, nampak banyak makhluk ghaib mengelilingi penjaga konti dan ingin membawanya ke dalam tasik. Setelah berbincang secara ghaib, rupanya masa tu penjaga konti tu dalam keadaan tidak suci. Pada hal, dari awal sudah dimaklumkan oleh sahabat saya syarat-syarat dari ‘penjaga’ tempat tu untuk shooting di situ. Masa tu semua orang rasa lain macam, suasana pun jadi seram sangat-sangat. Tambah pula masa dah hampir Maghrib. Tapi alhamdulillah, setelah sahabat saya terus berbincang dengan makhluk di situ, semua kembali aman dan kami beredar tanpa hal yang buruk berlaku.” sambung Amerul lagi.

Zahiril yang hanya banyak berdiam diri dalam pertemuan itu, kemudiannya menceritakan hal yang berlaku  pada hari yang lain di set yang sama, di mana seorang dari krew yang terlibat telah muntah darah sebaik pulang dari lokasi.

“Kecoh juga tempat penginapan kami senja tu. Sampai production terpaksa minta Amerul telefon sahabat yang tahu tentang hal ghaib tu untuk datang. Kebetulan masa tu, sahabat kami tu baru pulang ke KL malam sebelum kejadian. Jadi dia terpaksa datang balik ke Terengganu untuk selesaikan masalah tu. Rupanya krew tu ada mengambil satu cawan purba di kawasan tasik semasa penggambaran,” cerita Zahiril.

Apabila ditanya mengenai kejadian-kejadian mistik lain yang berlaku di sepanjang proses penggambaran filem ini, kedua-dua pelakon berbakat ini mempunyai satu jawapan yang sama, “Banyak”.

Filem ‘Bunohan’ sebelum ini telah menerima pelbagai pengiktirafan di luar negara. Tayangan perdana antarabangsa ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada bulan September 2011 dan Anugerah NETPAC di Festival Filem Taipei Golden Horse pada bulan Oktober 2011. Ia juga telah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Palm Springs dan tayangan perdana Eropah di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) yang berprestij pada Januari 2012.

Universal Pictures bertindak sebagai pengedar filem Bunohan di peringkat antarabangsa.
Pada 8 Mac 2012 ini, penantian penggemar filem tempatan terhadap kemunculan filem ini di layar perak akan tercapai.-malaysia.yahoo.com
Baca Lagi