Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

2 Mar 2012

Tol Lebuhraya Cheras-Kajang Mansuh


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Berita baik untuk warga KL Lembah Kelang dan Selangor , tol lebuhraya Cheras-Kajang mansuh. Boleh jimat le perbelanjaan bagi orang yang berulang  Cheras-Kajang-KL .

Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, berkuatkuasa tengah malam ini.

Perdana Menteri berkata, keputusan kerajaan itu akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus, atau pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala.

"Ini adalah usaha dan perjuangan kerajaan Barisan Nasional sejak 2009 lagi dan hari ini kerajaan jadikan kenyataan," katanya pada majlis pecah tanah projek Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Bandar Sungai Long di sini.

Perdana Menteri berkata ia juga adalah merupakan janji yang pernah diungkapkan pada 21 Ogos 2011 supaya Jabatan Kerja Raya (JKR) mengkaji kadar tol di lebuh raya itu untuk meringankan beban pengguna.

Beliau berkata, sekarang terbukti kerajaan Barisan Nasional (BN) bukanlah kerajaan yang sekadar memberi janji kosong, termasuklah pembangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) di Hulu Langat yang keperluan sekolah itu disuarakan pada lawatan beliau ke kawasan itu tahun lepas.

Pada awalnya pembinaan sekolah itu adalah untuk sekolah kebangsaan tetapi memandangkan keperluan yang lebih mendesak untuk majoriti kaum Cina di kawasan tersebut maka kerajaan bersetuju untuk membina sekolah Cina, katanya.

"Jangan pula nanti pihak pembangkang mainkan isu kononnya merekalah yang memperjuangkan usaha pembinaan sekolah tersebut dan nak jadi juara.

"Apa yang rakyat hendak lihat ialah pembinaan sekolah menjadi kenyataan, bukan kain rentang tanda bantahan. Mungkin lambat sikit tetapi yang penting apa yang dijanjikan ditunaikan bak kata pepatah "biar lambat asal selamat".

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan RM4.5 juta untuk membiayai sebahagian kos pembinaan sekolah berkenaan.

Sekolah itu akan dibina di tanah seluas 2.4 hektar. Ia mempunyai 36 buah bilik darjah untuk kemudahan 1,500 murid di kawasan berkenaan.

Najib menjelaskan bukan mudah untuk memutuskan mengenai pembinaan sekolah tersebut memandangkan kesukaran mendapatkan tapak, disebabkan itu kerajaan bersetuju untuk membina SRJK (C) itu di tanah bernilai RM20 juta.

"Jika pembangkang bising bagilah tapak yang lain, kenapa tak bagi tapak lain sedangkan mereka ada kuasa untuk luluskan tapak lain, mereka tak bagi tapi mereka buat bising, kononnya mereka yang memperjuangkan kepentingan masyarakat di situ," katanya sambil diiringi tepukan gemuruh orang ramai yang hadir.

Beliau menegaskan soal pendidikan bukanlah perkara yang boleh diambil mudah dan dipolitikkan, hakikatnya mesti mencari jalan penyelesaian, yang mana hari ini terbukti kerajaan BN mampu membawa penyelesaian kepada masyarakat Cina di kawasan berkenaan.

"Jika ada kelemahan tertentu, kita bersedia mendengar suara rakyat, saya tidak takut dan saya kata kalau tidak betul InsyaAllah kita akan betulkan tetapi jangan ada pihak menidakkan jasa yang terbesar selama ini ialah jasa yang dibawa kerajaan BN," katanya.-mstar

p/s : Tol mansuh jangan minyak naik sudah le lepas ni .
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment