Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

22 Nov 2011

Berhati-hati dengan Panggilan Telefon Palsu yang Meminta Pengesahan Transaksi Kad Kredit


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima panggilan telefon yang mendakwa dibuat oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana bank perdagangan.
Hakikatnya ialah:
  • Tiada jabatan "Unit Kad Kredit Palsu" di Bank Negara Malaysia
  • Nombor telefon 03-2772-XXXX bukan talian telefon Bank Negara Malaysia
Orang ramai yang mempunyai akaun bank adalah dinasihati supaya tidak mendedahkan nombor pengenalan peribadi (PIN) dan kata laluan kepada pihak ketiga. Pihak bank TIDAK PERNAH meminta maklumat peribadi melalui panggilan telefon.



Berdasarkan aduan terkini yang diterima oleh Bank Negara Malaysia, terdapat peningkatan dalam kejadian panggilan telefon oleh penipu kepada orang ramai yang tidak mengetahui mengenai kegiatan ini, bagi mendapatkan maklumat perbankan peribadi mereka dengan tujuan untuk mengambil wang daripada akaun mereka.
Berdasarkan siasatan oleh Bank Negara Malaysia, modus operandi terkini kegiatan penipuan ini adalah seperti yang berikut:
1. Mangsa menerima panggilan telefon dari sebuah 'bank perdagangan' meminta mangsa mengesahkan sesuatu transaksi kad kredit untuk pembelian barangan dari luar negeri sebagai contoh, dari Shanghai yang kononnya telah dicaj kepada kad kredit mangsa.
2. Apabila mangsa memberitahu penipu itu yang beliau tidak ada membuat transaksi berkenaan, penipu itu akan berpura-pura bersimpati dengan apa yang berlaku dan menasihati mangsa untuk membuat aduan dengan "Unit Kad Kredit Palsu" di Bank Negara Malaysia. Penipu itu akan memberikan nombor telefon "Unit Kad Kredit Palsu" kepada mangsa.
3. Apabila mangsa menghubungi nombor telefon berkenaan, mereka akan disambut oleh sistem pesanan suara automatik yang menyatakan tempat itu sebagai Bank Negara Malaysia, dan panggilan tersebut kemudiannya dijawab oleh seseorang yang mendakwa dirinya sebagai pegawai Bank Negara Malaysia. Pegawai ini akan meminta maklumat berkaitan akaun perbankan dan kad kredit mangsa. Penipu itu kemudiannya, akan mengarahkan mangsa supaya memindahkan wang di kaunter kepada akaun pihak ketiga atas alasan untuk memastikan wang mangsa dilindungi.
4. Dalam kes lain, penipu akan meminta maklumat perbankan dan akaun kad kredit mangsa untuk membuat pindahan dana secara haram.
Untuk maklumat lanjut berhubung aktiviti penipuan kewangan, orang ramai boleh melawat laman Amaran Penipuan Kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my. Orang ramai juga boleh menghubungi atau melawat:
BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faksimile: (03)2174 1515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my 
Untuk menghantar pertanyaan melalui perkhidmatan SMS, sila taip:
BNM TANYA [pertanyaan/aduan anda] dan hantar kepada 15888*
(*Penghantar akan dikenakan caj oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi sebanyak RM01.5 bagi setiap mesej dan RM0.20 untuk menerima mesej)
BNMLINK (Pusat Perkhidmatan bagi Pengunjung)
Blok D, Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang)
Atau Cawangan BNMLINK di Bank Negara Malaysia Cawangan Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu and Kuching

ABMConnect (Talian Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia) Tel: 1-300-88-9980

Bank Negara Malaysia
22 April 2010

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Mizz Aiza said...

betul tu abg cik.. kena hati2.. tapi saya tak buat police report pun pasal kes saya tu..

Post a Comment