Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

24 Nov 2011

Aaron Aziz Akui Banyak Menangis Dalam 'Ombak Rindu'


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Pelakon kacak, Aaron Aziz mengakui banyak mengalirkan air mata ketika berlakon dalam filem terbaru arahan Osman Ali, Ombak Rindu.
Aaron berkata, watak Haris yang memerlukannya bermain dengan pelbagai emosi menyebabkan dia mudah mengalirkan air mata.
"Sejujurnya Ombak Rindu adalah filem yang paling banyak saya mengalirkan air mata dan sebenarnya tidak sukar untuk menangis kerana pengalaman berlakon dalam pelbagai watak sebelum ini banyak membantu.
"Peminat juga kalau hendak tengok sisi lain saya perlu menonton filem ini," ujarnya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem tersebut pada Selasa.
Dalam pada itu, Aaron memberitahu dia tidak membaca novel berkenaan sebelum memulakan penggambaran kerana tidak mahu terkeliru dengan versi hasil tulisan Fauziah Ashari itu dan skrip yang diterima.
Ujarnya, dia membina watak Haris dengan memberi penumpuan pada skrip yang diberikan oleh pengarah untuk menjayakan watak itu.
"Saya langsung tidak membaca novel itu kerana tidak mahu terkeliru dengan skrip yang diberikan.
"Adalah lebih baik saya tumpukan pada skrip sahaja," ujarnya.
Selain Aaron, Ombak Rindu turut dilakonkan oleh Maya Karin, Lisa Surihan dan Bront Paralel dan akan ditayangkan bermula pada 1 Disember depan.

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment