Maka sebenarnya kerja rasmi mereka sudah pun bertambah menjadi 6 jam yang sangat berkualiti. Kerja-kerja mereka pula tidak boleh ditangguh walaupun 10 minit dari jadual yang desediakan. Sewaktu di dalam kelas, fokus mereka tidak boleh tersasar walaupun sedikit dan tidak ada agenda campur tolak dengan kerja-kerja lain. Manakala kita semua tahu bahawa kerja-kerja di pejabat boleh sahaja dilakukan dengan mempunyai elemen campur tolak dengan kerja-kerja lain dan boleh sahaja dianjak-anjak mengikut keperluan.
Hanya satu elemen di atas sahaja menjadikan kajian penambahan masa berkerja guru kepada sembilan jam adalah kajian yang bersifat bodoh, bebal dan penuh dengan prasangka jahat. Sekiranya ianya pula melibatkan wang maka sudah pasti ianya suatu pembaziran yang nyata.
Elemen lain yang tak perlu diulas yang dilakukan oleh guru yang menjadikan kerja mereka sebenarnya lebih panjang dari sepatut adalah terlalu panjang. Namun saya rasa elok saya gariskan di sini kalau kalau pengkaji tersebut ingin masukkan dalam kajiannya.
Seorang guru sebenarnya dinilai oleh bukan seorang penyelia tetapi oleh 40 orang (80 kalau termasuk pasangan) ibubapa terhadap prestasi anak-anak mereka. Seorang guru pada setiap masa adalah doctor ‘on call’ selagi anak murid beliau di sekolah. Seorang guru adalah seorang pegawai polis bagi disiplin murid-muridnya. Seorang guru adalah seorang motivator kepada kelasnya. Seorang guru adalah sekian dan sekian sehingga selesai hari pengajaran disekolah.
Saya sebenar amat bersetuju sekiranya satu kajian dilakukan agar seorang guru mempunyai staf sokongan dalam menjalankan tugas beliau di sekolah. Sumber Harakah
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
1 comment:
Pemikiran kita sama... tapi bagi pihak yang tidak berpuas hati dengan guru, mereka tetap akan mencari segala kesilapan dan kesalahan golongan guru. Sebenarnya selagi nama manusia semuanya saling tidak berpuas hati....
tapi kalau x silap dah cancel kan kerja 9 jam tu...
Post a Comment