Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

27 Nov 2011

Saya hanya terlewat tiga saat , kalau tidak.......


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
“Saya hanya lewat tiga saat ketika trellar itu terjunam dari jambatan lebuhraya …jika tidak, saya tidak dapat bayangkan apa akan terjadi, syukur umur saya masih panjang,”kata saksi kemalangan, Zul Aziz Simor, 45.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam, di Kilometer 34.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, sebuah trellar tanpa muatan yang dipandu seorang lelaki Melayu berusia 25 tahun terbabas ketika melalui jambatan diatas lebuhraya lalu melanggar besi penghadang sebelum terjunam.

Menurut Zul Aziz, dia terdengar bunyi dentuman kuat, dipercayai berpunca daripada letupan tayar trellar itu menyebabkan pemandunya gagal mengawal kenderaan. Ketika kemalangan, hujan agak lebat manakala jalan licin.

 “Saya tergamam melihat kemalangan berlaku didepan mata.. saya akui agak panik lalu menghubungi rakan saya bernama Zakaria untuk mendapatkan bantuan, ketika dia sampai beberapa minit kemudian, kami sama-sama pergi kearah trellar untuk melihat keadaan pemandu terbabit,”katanya.

Beliau yang memandu sendirian dalam perjalanan dari kebunnya di Kampung Rahmat menuju ke Taman Manis, di sini untuk menghantar pandan mengakui sempat mengajar pemandu trellar itu mengucap namun tidak berani untuk mengeluarkan mangsa.

“Lelaki itu mengerang kesakitan malah tubuhnya mulai menggigil..dia mengadu sakit dibahagian pinggang akibat daripada hentakan kuat ketika trellar yang dipandunya terjunam dari jambatan lebuhraya setinggi lima meter,”katanya.

Katanya, kira-kira 20 minit selepas kemalangan sepasukan bomba dan ambulans tiba ke tempat kejadian sejurus dihubungi sekaligus berjaya mengeluarkan mangsa yang masih berada dibahagian pemandu dan dipercayai patah pinggang.

“Kejadian itu terlalu pantas, malah kenderaan saya berada dikedudukan tidak sampai 10 meter, namun saya tetap bersyukur kerana tidak terlibat dalam kemalangan berkenaan dan tidak akan melupakannya,”katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefli Yahya, mengesahkan kemalangan itu, manakala mangsa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini, untuk rawatan lanjut.

“Kemalangan tidak membabtikan kenderaan lain namun mengakibatkan kesesakan lalulintas sepanjang dua kilometer di laluan menuju kearah utara. Kes disiasat dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment