Ahmad Firdaus Arham, 26, berkata dia tidak menyangka salah faham mengenai penemuan dompetnya dalam stadium berkenaan menyebabkan dia disangka hilang hingga menimbulkan keadaan panik di tanah air dan Indonesia, sedangkan dia selamat pulang ke tanah air, pagi kelmarin.
Menurutnya, dia berterima kasih kepada semua yang prihatin mengenai keselamatannya, namun sedikit terkilan kerana terdapat pihak menuduh dia sengaja menimbulkan kekecohan itu dan mengambil kesempatan terhadap keadaan hubungan kedua-dua negara yang menghadapi beberapa isu sensitif.
“Pagi tadi (semalam), saya dihubungi beberapa pihak daripada jabatan kerajaan yang ingin kepastian berhubung berita melalui laman sosial dan dimaklumkan perkara terbabit serius kerana membabitkan hubungan dua negara.
“Saya tidak menyangka perkara ini jadi serius, tetapi saya tidak bersalah kerana saya tidak hilang...yang hilang hanya dompet saya di Kompleks Mangga Dua, dua hari sebelum perlawanan akhir itu,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
No comments:
Post a Comment