"Saya tegaskan kita tidak harus bebankan guru kerana profesion perguruan ada keistimewaan dan berbeza dengan perkhidmatan awam lain." - Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri
IKUTI KOMEN 2 KAT BERITA HARIAN
SITI : Roland mersing: dr penulisan beliau, jelas menunjukkan yang dia nk guru ni jd maid plak.n sekolah sbg taska.siap nk wat bantahan lg tu.mcm berbulu benar dgn cikgu.sila ambil tmpt guru jika berminat. Pelik la manusia ni..anak sendiri suruh cikgu jaga..ingat cikgu ni pengasuh ker?buat anak jer pandai..jaga malas..
JUNAIDAH USUP: tak perlu lah ada peperangan mulut mengensi isu 9 jam ni sebenarnya. masing2 tahu tanggungjawab kerjaya sendiri. walaupun ini dibatalkan tidak bermakna guru2 juga tidak kerja lebih masa. saya setuju itu org ramai anggap guru hanya mengajar tapi susulan selepas mengajar adlh kelas tambahan utk membantu pelajar yg lemah.... jadi guru pun sdh keja secara langsung 9 jam....bukan itu saja, aktiviti kokurikulum juga brtjalan dwaktu petang... jadi kenapa tidak berpuashati dgn keja guru.... klu x berpuashati dgn keja guru dsbbkan permasalahn x pembantu rumah...itu sdh logik lah..... guru adalah ibu bapa yg kedua kpd pelajar tetapi kita ibubapa yg pertama yg wajib mendidik anak2 kita sendiri...tak perlu menunding jari kpd guru2 klu anak kita ada mslh...tetapi masyarakat akan berckp psl tanggungjawab kita kpd anak2 knp anak kita ada mslh....mudah2an apa yg berlaku pasti ada hikmahnya....
ZAMAN : Batal? Elaun dan macam2 kemudahan dah dapat, suruh kerja lebih nak ugut macam2. tak boleh kerja berenti je la. Buka kelas tuisyen je.
SHAHRULKAMAR :Bagi saya tidak ada masalah.Pembelajaran anak saya tetap bagus,walaupun anak saya banyak masuk aktiviti kokurikulam bersama guru.Saya rasa pengorbanan guru lebih banyak dari penjawat awam yang lain.Kita janganlah nak persoalkan waktu kerja guru.Bagi saya yang penting kesungguhan anak kita untuk belajar.Kalau kita letakkan guru yang bagus pun kalau anak kita tak mahu belajar dgn bersungguh2,takkan kita nak salahkan guru juga.Sedangkan kita pun di rumah susah untuk nak mengajar anak kita.Apa yang penting keberkatan dan doa ibubapa adalah penawar yang paling mujarab.Itulah yang saya buat setiap hari.Kalau nak waktu kerja macam guru jadi macam saya sebagai 'Penoreh Getah' gi kul 6 balik 9.Pendapatan pun lumayan!!!!!
AIZAT : Saya cabar penjawat awam yg lain utk mengajar 3 kelas yg setiap satu mempunyai tempoh selama sejam. Pada masa yg sama sila pastikan anak murid duduk dlm keadaan yg diam dan bersedia utk belajar tanpa sebarang gangguan. Akhir sekali sila pastikan SEMUA murid anda memahami isi pengajaran.
MOHD ADDY YUSRIZAL :Alhamdulillah, terlebih setinggi-tinggi terima kasih kepada TPM kerana memahami tugas dan beban guru. Semestinya tugas guru bukanlah sama seperti tugas-tugas penjawat awam yang lain. Guru terpakasa bertugas tidak mengira masa, bukan sahaja di sekolah malah di luar sekolah. Sebagai contoh, seorang guru sukan sekolah terpakasa balik pukul 8 malam menghantar murid kerumah masing-masing jika ada latihan sukan. Sepatutnya ini pun diambil kira sebagai tugas guru tetapi tidak ramai yang menyedarinya.
SIFU : Terima kasih TPM, saya ada satu permintaan, kalau boleh turunkan 'Si Pencadang' idea waktu kerja 9 jam ni ke sekolah. Saya boleh tolong sekolahkan dia ni.
ZEK :Guru adalah golongan yang paling suka mengeluh dan komplain, semua orang pun tahu hakikat ini
pak anjang burn : sya pernah jg GKM,ketua panitia,warden asrama,su sukan,pengurus pasukan sekolah, ppd dan ngeri pd tahun yg sama...saya suka krja cikgu wpun pnat dan xckup masa 24 jam sehari...hargailah jasa guru
TAK IRI :Betul kata Roland Mersing... bila guru tak kerja di sekolah hingga jam 4.30 ptg,
ia boleh menyusahkan kita penjawat awam yang lain. Anak2 kita terabai & tak tau apa mereka buat sbb kita masih kat pejabat. Guru balik kerja separuh hari rehat aje...kita penjawat awam lain masih bekerja keras kat pejabat...Ini betul2 tak adil.
nuekkacak82 : Nampak sangat kamu malas jaga anak sendiri.. Tanya anak kamu dulu, sanggup ke duduk kat sekolah 8-5pm..
Hidayah
@Roland Mersing: Guru bukan baby sitter, harap maklum. Nak jaga anak sendiri pun mahu lepas tangan.
bard : kerja guru ni selagi tidak dihabiskan disekolah akan disambung pula dirumah berbeza dengan penjawat awam yang lain habis waktu pejabat tak perlu memikirkan semasa berada di rumah ,kerja pendidikan berbeza contohnya menyediakan sukatan pelajaran untuk esoknya.tambahan lagi,sekiranya pihak sekolah menganjurkan lawatan atau perkhemahan golongan pendidik ini akan memastikan semua murid telah pulang kerumah masing-masing tidak kira lah sehingga waktu malam untuk menunggu kehadiran ibu bapa yang datang mengambil anak-anak mereka,berterima kasih lah kepada golongan pendidik ini.Kesekian kalinya musim peperiksaan sudah tiba,waktu cuti pun guru tetap bertugas seperti menjalankan tugas sebagai pengawas peperiksaan SPM yang akan berakhir pada bulan Disember sehingga tak sempat bercuti.selain itu ada guru yang sedang menanda kertas peperiksaan PMR.Siapa kata guru banyak keistimewaan.Golongan guru inilah yang perlu kita berikan kredit yang tinggi.sekian terima kasih
penjawat awam
ROLAND MERSING & MDSABRI : tolong berfikir gunakan OTAK jangan berfikir gunakan LUTUT....
azmi :TERIMA KASIH TPM ..Harap semua faham tugas GURU..jangan disamakan dengan kerja lain..Ingat Jasa CIKGU ..
Faizal : Kerja 9 jam tu hanya diperbesarkan saja kerana masa kerja sebenar guru tidak diwartakan.dah biasa kerja lebih masa. Lebih 9 jam ...Cuma macam tak perasaan aje... Masyarakat nampak guru hanya kerja sebelah pagi sahaja. Bila ada segelintir guru bekerja luar jadilah macam kerja guru tu singkat sangat. Ibarat melihat guru bekerja seperti sebuah kapal. Tenggelam tulah tugas guru. Kalau lihat ' kayak ' macam tugas tu sikit sangat. KPM patut istiharkan masa rasmi guru... Isu begini menyebabkan guru tu masyarakat memandang serong pada guru. Mereka beranggapan jika guru tiada di sekolah tiadalah tugas guru lagi. Jika ada masa tugas rasmi rasanya guru boleh buat tuntutan kerja masa macam penjawat awam lain. Tu diaaa... baru best ... !
dif : Satu keputusan yang tepat...rasionalnya sebelum perkara dasar itu cuba dilaksanakan KPM perlu bertindak secara rasional dengan mengambil kira semua perkara agar tidak menimbulkan spekulasi di kalangan masyarakat.
Farzeli Che Mat Mustafa : Tugas Guru secara tersurat hanya 50% dan tersirat juga 50% justeru jika yang tersurat sudah 6 jam bererti yang tersirat juga 6 jam maka bermakna tugas guru telah menjadi 12 jam sehari iaitu melebihi 9 jam yang dirancangkan. Oleh yang demikian pemansuhan ini wajar agar program pendidikan yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.
Ita : TK TPM! Bagus pandangan Roland Mersing, tapi sayangnya leboh menjurus kepada guru dianggap sebagai baby sitter / pengasuh anak-anak terutama bagi ibu bapa yang melepaskan tanggungjawab menjaga anak-anak kepada guru. Itu la ibu bapa sekarang... TK kepada kawan-kawan yang telah memberi komen tentang tugas guru. Jadi Roland Mersing, "Lu pikir la sendiri..."
gray : saya menghormati guru.
Justina Fadhilah : Alhamdulillah..lega hati para guru, selama ni pun kaum guru sdh ckup terbeban. Kami minggu depan masih bekerja utk Hari Konvo UPSR..
Terima kasih TPM....sememangnya tugas guru bukan hanya mengajar dan menanda buku....banyak kerja lain yang dilaksanakn oleh guru-guru lagi..hanya insan yang bergelar GURU akan mengerti.
Mohd Rushdi : Alhamdulillah..Guru - guru banyak menyumbang tenaga dalam pelbagai urusan di sekolah dan luar tugas rasmi. Ini kerana bidang pendidik ini perlu berurusan dengan pelbagai ragam murid-murid yang mempunyai pelbagai kelebihan tersendiri. Bkn waktu yang perlu ditekankan tetapi kualiti 'produk/pelajar' yang perlu ditekankan. Takut kualiti mengajar dan P&P terjejas kerana beban kerja yang kebanyakkannya perlu diuruskan sendiri oleh guru.
syed mohd kamal : dulu dah cuba... pas tu ni timbulkan balik... kalau cikgu undi lain nanti baru tau.. nykong-nyokong juga tapi kalau dah nak ikut cakap deme je... tengoklah nnati nak undi sape lak
farah alyani mohamad razali : pd pndapt sy tugas guru untuk mendidik tp kualiti sebagai pndidik smkn berkurg masa kini disebabkn tgas2 lain yg lbh bnyak dan kurg rasionl amt membebenkn guru untuk lbh menumpukn kpd tgas sebenar mereka. jd kualiti pelajar juga semakin berkurg wlaupn peratus A meningkt tetapi tiada kualiti..
mohd norazmin abd aziz : sy sokong sgt2, tq TPM, org ingat cg ni kerja dia mengajar je...dulu dengan sekarang jauh sgt dah cara kerja...
affandi : Terima kasih. Ini lah TPM yang prihatin terhadap masalah guru. Kerja guru ISTIMEWA DAN UNIK. Tidak boleh nak banding dengan kerja lain, ianya berbeza dari segi kerja. Bukan duk goyang kaki sepanjang masa. Kena prepare nak ngajar, periksa buku, temujanji pelajar, ibubapa, periksa kertas soalan n kokurikulum pagi dan petang kena rancang.
Roland Mersing : saya sangat tak setuju program ini dibatalkan. Ini kerana kita (penjawat awam lain) kerja 9 jam. So apa salahnya guru kerja 9 jam. Anak2 kita pun selamat boleh duduk di sekolah dari pukul 8am-5pm. Boleh kurangkan masalah sosial anak2 kita semua kerana guru boleh pantau mereka disekolah. Kita pun xpayah risau anak kita buat apa bila kita tengah kerja.. Sepatutnya program ini diteruskan. Masalah pembantu rumah pun boleh selesai..Xpayah ambil pembantu rumah lagi untuk jaga anak. Cikgu boleh tengokkan kat sekolah.So, kerajaan xperlu mintak maid dari indonesia lagi. Banyak benda boleh settle kalau kerja 9 jam diteruskan..Mintak kerjasama NGO tolong buat bantahan. kerana ini boleh menyusahkan kita penjawat awam yang lain. Sekian terima kasih.
Roland Mersing : saya sangat tak setuju program ini dibatalkan. Ini kerana kita (penjawat awam lain) kerja 9 jam. So apa salahnya guru kerja 9 jam. Anak2 kita pun selamat boleh duduk di sekolah dari pukul 8am-5pm. Boleh kurangkan masalah sosial anak2 kita semua kerana guru boleh pantau mereka disekolah. Kita pun xpayah risau anak kita buat apa bila kita tengah kerja.. Sepatutnya program ini diteruskan. Masalah pembantu rumah pun boleh selesai..Xpayah ambil pembantu rumah lagi untuk jaga anak. Cikgu boleh tengokkan kat sekolah.So, kerajaan xperlu mintak maid dari indonesia lagi. Banyak benda boleh settle kalau kerja 9 jam diteruskan..Mintak kerjasama NGO tolong buat bantahan. kerana ini boleh menyusahkan kita penjawat awam yang lain. Sekian terima kasih.
mizar : timakasih TPM.....beban yg ada tak tergalas, ibarat tubuh di belah 4 tuk melakukan tugasan d amanah diberikan, d kdgkala tak dihargai namun tugas tetap tugas.....
tahir dulamit : terima kasih kpa TPM yg telah membuat keputusan paling tepat dalam isu ini...
anuar nasri : Terima kasih diucapkan atas pertimbangan yang bijaksana. Marilah kita meningkatkan kualiti P&P berbanding kuantiti.
abd aziz bin ibrahim : Etos kerja guru tidak sama seperti bidang dan skop kerja yang lain. Sekadar contoh, seseorang guru bukan mentadbir urus duit, tetapi guru mentadbiran domain otak modal insan, otak manusia yang masih perlu dibentuk. Kalau guru mentadbir urus duit seperti seorang ahli perniagaan, saya yalin dan percaya guru lebih daripada boleh balik melebihi jam 4.30 petang. Sekadar pandangan peribadi. T kasih.
rafmi jkidi : Terima kasih. Pembatalan itu amat bermakna bagi guru kerana pembatalan tersebut dapat mengurangkan beban d samping mengurangkan tekanan. Bagi yg sudah bergelar ibu bapa seharusnya sudah faham bagaimana menghadapi anak. Guru umpama ibu bapa kepada pelajar di waktu di sekolah.pengurangan masa adalah mustahil tpi pengekalan masa kerja tidaklah mustahil
matteo : Guru sepatut bertugas selama 9 jam, sama seperti penjawat awam yang lain.Guru terlalu banyak rehat jika dibandingkan dengan kakitangan kerajaan dan pekerja swasta yang lain.Mereka mempunyai cuti penggal/semesta yang panjang selain cuti umum.Kerja jam 7.00am balik jam 1.00pm. Sepatut guru lah yang bekerja lebih masa, sebab tugas mereka mendidik budak-budak dari peringkat tadika hingga ke universiti. Mendidik supaya seseorang itu supaya menjadi orang berilmu dan pintar memerlukan tumpuan yang serius dan padat dengan jadual-jadual pembelajaran sepenuh masa.
nurul_azmi79 : Terima Kasih TPM, saya sokong, memang tugas guru amat istimewa, ramai orang beranggapan tugas guru hanya mengajar semata-mata ...sebenarnya banyak lagi tanggungjawab guru di sekolah dan di luar sekolah...tugas guru sekarang dengan dulu pun jauh berbeza...cuba bandingkan zaman kita sekolah dulu dengan anak-anak kita sekarang...saya harap semua dapat memahami....
Cikgu Abdullah : Hakikatnya, selama ini guru telah bekerja selama 9 jam. Kerja pengkeranian yang tak ramai masyarakat mengetahuinya. Tahukah, guru memeriksa buku pelajarnya hingga di atas katil ? Terima kasih TPM. Ini keputusan bijak meskipun ada pihak lain amat cemburu...
mdsabri : wow .. bestnya guru-guru gaji mahal kerja separuh hari , cuti panjang kemudahan lain pun banyak ..
ismail mahmud : tugas guru memang sangat istimewa. orang yang tidak pernah jadi cikgu atau tidak jadi cik gu tetap mengajar di sekolah mereka tidak tahu beban tugas yang sebenar yang dilakukan oleh guru setiap hari apatah lagi guru di SBP dan juga guru-guru yang berada di sekolah yang berisiko tinggi cik gu tak boleh duduk diam terpaksa pergi rumah ibybapa selain daripada tugastugas perkeranian yang lain di mana guru tidak ada kernai khas atau penbantu khas walaupun gred gaji ereka 41.44 dan 48 bahka 52 biasa saja low profile itulah guru.
mohd sukor :Harap orang ramai dan penjawat awam yang lain memahami bahawa ini bukan bermaksud guru tidak mahu bekerja 9 jam. Sebenarnya guru tidak mahu terikat 9 jam berterusan tanpa henti disekolah dari pagi sampai petang seperti pejawat di pejabat. Mereka sebenarnya bekerja lebih dari itu. walaupun jadual mengajar lebih kurang 4 jam sehari tetapi tugas- sampingan selain mengajar memerlukan masa yang lebih lama dari 9 jam seperti menanda buku,mengisi borang,menghantar pelajar bertanding,membetulkan sahsiah pelajar,biasasiswa dan terlalu banyak lagi kerja yang berkaitan dengan mendidik dan mengasuh pelajar. Seandainya masa guru di ikat dan di kawal maka banyak kerja akan terbantut dan akan memerlukan peberlanjaan kerajaan yang lebih besar kerana kerja perlu disiapkan diluar waktu kerja dan perlu di bayar OT. Bekerja sebagai guru untuk mendidik anak bangsa memerlukan keikhlasan dan yang diiringi kasih sayang kepada pelajar. JIka perasaan mereka tertekan dan mereka rasa terbeban terlampau justeru itu akan memberi kesan yang besar kepada anak didiknya. Seandainya kita tidak mahu anak kita di ajar dan diasuh oleh orang(guru) yang tidak bahagia dan bekerja penuh tekanan maka kita jangan tekan mereka. mereka dipilih dari dan ditapis untuk menjawat jawatan ini.percayalah kepada mereka. Seandai ada seorang dua guru yang buat hal itu adalah merupakan kes terpencil.
Azlan Ali : Terima kasih TPM kerana memahami tugas guru. Profesion perguruan memang tak boleh dibandingkan dengan perkhidmatan awam lain. Guru melakukan banyak tugas-tugas lain selain dari mengajar.
Robert Radin Bunak : Terima kasih. Sememangnya tugas sebagai pendidik ini amat istimewa.. banyak perkara yang perlu guru laksanakan selain dari mengajar semata - mata.. guru boleh menjadi pakar rujuk oleh murid, masyarakat setempat, orang awam dan pelbagai golongan dalam pelbagai perkara. Justeru itu, memang wajarlah beban guru dikurangkan dan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yasin amat releven. Terima kasih TPM merangkap Menteri Pelajaran..
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
1 comment:
Fantaѕtіc beat ! I woulԁ like to aρprеnticе while you amend
your websіte, hоw can i subscribe for a blοg websіte?
The account aided me a acceptable deal. I had been tiny bit
аcquаinted of this youг broaԁcast οffered brіght сlear idea
Feel free to visit my blog post how to stop snoring
Post a Comment