Anda pernah guna servis MYEG ? Kelebihan dan kelemahan anda tau tak ? Saya first time guna MYEG dan itu pun guna akaun orang lain . Nampak macam best sebab tak perlu pergi bayar di JPJ atau pejabat pos , cuma perlu bayar online dan , tunggu orang hantar road tax itu ke alamat anda . Dalam negara kita Malaysia ni dah macam-macam ada kemudahan online gunakan saja perbankan online.
MYEG atau dikenali sebagai MYEG Services Berhad adalah satu syarikat yang menghubungkan kerajaan Malaysia dengan orang awam dan membolehkan orang awam membayar road tax secara online . Apakah kaitan MYEG dengan JPJ ? Perkhidmatan yang disediakan oleh MYEG telah link dengan JPJ , anda tak perlu tahu itu , yang pasti mereka ada connection . Ada setengah orang check saman pun guna MYEG , saya cuma renew roadtax sahaja . Bukan setakat JPJ , saman polis pun boleh check kat sana.
Selepas ni nak cuba guna akaun saya sendiri pulak , asyik nak suruh orang lain saja , padahal benda tu boleh buat sendiri. Mula-mula tu takut juga , takut road tax tak sampai , tapi duit dah keluar , rupanya bukan posmen yang hantar , tapi runner MYEG yang hantar , dalam tempoh 24 jam dah sampai ke rumah kita . Memang perkhidmatan terbaik , anda tidak perlu pergi bank ambil geran lagi, tak perlu jumpa agen insuran , insuran yang disediakan oleh MYEG adalah Etiqa dan RHB Bank saja . Jika anda apa-apa pertanyaan boleh hubungi JPJ MYEG helpdesk .
MYEG bukan saja boleh revew road tax , nak check saman pun boleh , terbaik lah MYEG , tapi dalam terbaik pun ada juga kelemahan , dari pembacaan saya dalam internet , kelemahan MYEG adalah bila berlaku kemalangan , proses untuk tuntutan claim agak rumit , geran mesti dihantar ke pejabat MYEG di Petaling Jaya , baru claim diluluskan . Tapi jangan risau, mungkin MYEG dah atasi masalah tu , MYEG tetap terbaik . Itu pasal saya pilih untuk guna MYEG bayar road tax, jom guna MYEG !!
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
No comments:
Post a Comment