Anda post entri selang 3 jam sekali , itu pun sudah mencukupi untuk menaikkan trafik anda , lebih-lebih lagi , tentang topik yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Bergantung kepada kemampuan anda , ada sesetengah blogger sudah siap buat entri tapi dia setkan masa untuk publish , dia tidak publish serentak pada satu masa , jadi adalah selang masa untuk pelawat menantikan entri seterusnya . Saya pun buat begitu.
Macam saya , selalu mengarang entri sebanyak 2 - 3 entri pada sebelah malam dan saya akan post schedule pada pagi esok , tengahari dan petang . Maksudnya entri untuk esok saya sudah siapkan hari ini . Jadi tidak hairanlah kalau kita tak buka blog pun , ia akan terupdate sendiri .
Dari pembacaan saya di internet , ada beberapa sebab kenapa anda mesti post entri sekerap mungkin , antaranya adalah robot search enjin akan melawat blog anda sekerap mungkin bergantung kepada kekerapan anda mengupdate blog . Lebih cepat blog anda diupdate lebih cepat blog anda diindex oleh search enjin.
Di internet ada banyak saingan dalam pencarian sesuatu topic , jadi robot search enjin akan tertarik kepada blog yang sentiasa update. Ia tidak tertarik kepada blog yang jarang-jarang update .Dengan membuat post yang banyak , blog anda akan menjadi sebuah encyclopedia atau perpustakaan kerana serach enjin boleh jumpa bermacam-macam jenis topik . Semakin kurang post anda maka , makin kuranglah anda dapat perhatian dari search enjin .
Robot search enjin boleh diibaratkan seperti seorang manusia , yang akan suka kepada anda kalau anda update kerap dan dia akan menghukum anda kalau anda malas , apa hukuman yang dia berikan ? Ranking anda akan turun ke bawah . Apabila anda post banyak entri , pembaca akan sentiasa datang ke blog anda untuk melihat entri terkini anda .Satu perkara yang membezakan blog anda dengan blog yang lain adalah kekerapan mengupdate ,ayuh, hilangkan sifat malas anda . Letakkan tempat anda di tempat pelawat anda , anda mesti tidak suka melawat blog yang jarang diupdate, betul tak ?
Kebanyakan blogger yang popular , mereka update blog secara berkala , 4 -5 jam untuk satu entri , jadi pelawat tidak jemu datang ke blog mereka kerana sentiasa ada entri yang fresh dan baru . Update lah blog anda selalu semoga anda menjadi blogger yang berjaya . Bagaimana nak jadi blogger berjaya ?, anda perlu luangkan masa untuk membaca entri ini Jadi Blogger Berjaya . Sekian , selamat berjaya.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
5 comments:
betul tue abg cik ^_^ hehehehe.. pelbagaikan entri tue pun salah satu juga. takde lah orang bosan dengan blog kita kan.
selalunya kalau ada masa..puteri akan post dua atau 3 entri sehari agar pembaca tidak jemu melihat entri yang sama je. Tapi bila waktu dilanda kebizian..hanya mampu buat satu entri je
Bagus jgk ni...leh blaja cara ni utk up kan trafik...thanks
cuba lah semoga berjaya
Pernah dgr jugak ttg tips ni tp kdg2 xde idea nk tulis entry dgn kerap
Post a Comment